Monday, January 14, 2008

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Posted: Tue Jan 15, 2008 12:11 am Post subject: MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Isu negara Islam telah menghabis umur pemuda dan pemudi Islam dalam polimik yang tidak berkesudahan. Ulama-ulama dahulu memberi definisi negara islam agar umat islam mengenali mana negara yang selamat diduduki, mana negara yang tidak selamat diduduki, begitu juga mana negara yang tidak boleh diperangi dan mana negara yang boleh diperangi.

Oleh itu, ulama telah membahagikan negara kepada dua bahagian: 1) Negara Islam, 2) Negara Kufr Jika berlaku peperangan negara kufr akan menjadi negara Harb, dan jika berdamai negara kufr dipanggil negara Aman.

Dalam kitab "Tuhfah al-Muhtaj" Ibn Hajar berkata; al Rafi dan ulama al Syafiiyah berkata: Darul Islam itu ada 3 jenis: 1) Darul Islam yang menempati org Islam, 2) Darul Islam yang dibuka oleh oleh Islam dan rakyatnya membayar jizyah, 3) Darul Islam yang dikalahkan oleh orang-orang kafir.

Rafi menambah, cukuplah darul islam dibawah kekuasaan imam, walaupun rakyatnya semua kafir! Negara Islam tidak hilang statusnya walaupun terdapat kelemahan dalam perlaksanaan. Negara Islam wajib melaksanakan hukum-hukum Islam, tetapi penerapan hukum Islam tidak menjadi syarat untuk menamakan negara itu negara Islam.

Analoginya, seorang muslim wajib melaksanakan tuntutan Islam, tetapi keengkarannya melaksanakan hukum-hukum Islam tidak menghilangkan statusnya sebagai seorang muslim. Oleh itu negara Islam meliputi Sepanyol, negara OIC, sebahagian besar Afrika, Timur Tengah, Bosnia, Chechya, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Jika kita mengatakan Malaysia negara kufr, maka kita dikehendaki berhijrah ke negara Islam, negara yang aman kita melaksanakan tuntutan Islam.

1 comment:

cikgurahim said...

Baghdad pernah menjadi padang jarak padang tekukur; hanya ada orang gila sahaja yg berkeliaran selepas tentera tartar mengamok selama 40 hari.

Tetapi Iraq masih lagi jajahan negara Islam yang wajib dibebaskan oleh orang-orang Islam pada ketika itu.