Monday, February 18, 2008

WM TKO Blok Mindamerdeka

Hari ini WM TKO blok mindamerdeka untuk memasuki TKO.

Begitu rendah sekali pemikiran WM TKO.

Kononnya mereka sangat marah UMNO menghalang mereka bersuara, tetapi mereka juga berperangai sama.

Jika sebelum mendapat kuasa sudah pun pendukong2 PAS memperlihatkan sikap mereka terhadap pemikiran yang tidak sebuku dengan mereka, apatah lagi apabilan mereka memerintah nanti.

Saya hairan sungguh, orang PAS boleh berbaik dengan ahli DAP dan PKR yang bukan islam.

DAP secara terus terang mengistiharkan perang terhadap konsep daulah islam. Ahli PAS tidak berdendam dengan ahli DAP.

Ahli PAS sangat berdendam dan membenci ahli UMNO walaupun ahli UMNO itu seorang muslim yang beriman kepada rukun iman dan rukun islam.

Hasan al Banna berkata, fikrah asobiah ini merosakkan umat.

Ahli PAS menuduh ahli UMNO asobiah, tetapi ciri2 asobiah juga ada kepada ahli PAS.

Fikrah PAS bentuk ini lama kelamaan akan menjadi liability kpd PAS.

Sunday, February 17, 2008

Anak Murid Tantawi Jawab TKO

Oleh M.N.I.
(Ubahsuai oleh WM)

Dalam kempen ini, UMNO akan menggunakan apa sahaja untuk menang, rasuah, ugut dan paling licik menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat terutama yang buta fikiran.

Baru-baru ini majlis perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008, Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi telah dipergunakan. Allah Maha Besar dan Bijaksana dan meastikan setiap perkara yang tidak baik untuk agamaNya pastikan akan di'nyah'kan dengan satu kehinaan.

--------------------------------------------------
Re: UMNO bawa ulama Azhar - Dimanakah adab seorang Ulama? (Score: 1)
by panglima_khalid on Monday, February 18 @ 04:49:20 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum Wbt...

sedara sekalian...khususnya yang menyiarkan artikel ini...

saya, selaku murid Syeikh Sayyid Tantawi ingin menafikan tuduhan melulu kalian yang memburukkan ulamak dan menjatuhkan kredibiliti mereka...

sesungguhnya daging ulamak adalah berbisa sepertimana disabdakan dalam mafhum hadis Nabi SAW....

sedara sekalian....kita sebagai orang awam sepatutnya meletakkan thiqah atau kepercayaan serta berbaik sangka dengan ulamak yang disegani dan dihormati ulamak-ulamak sezaman dengannya...sejauh mana ilmu kita berbanding ulamak-ulamak lain yang menghormati dan menyanjungi beliau..??

sebenarnya, ada perkara yang tidak kita ketahui tetapi beliau lebih mengetahuinya daripada kita, dan ada perkara yang kita ketahui tetapi beliau lebih memahami dan mendalami perkara tersebut dan meletakkannya sesuai dengan masa dan keadaan, berbanding kita yang hanya berbekalkan ilmu yang cetek, terus menghukum....

untuk pengetahuan semua, ada mazhab yang membenarkan lelaki bersalaman dengan perempuan, lebih-lebih lagi perempuan yang dah terlalu tua...

saya sendiri pernah melihat RAMAI guru-2 saya di Masjid al-Azhar bersalaman dengan PEREMPUAN-2 TUA (bukan muda)...sebagai husnuzhan kepada mereka saya katakan sebagai tanda hormat mereka kepada makcik-2 atau mungkin nenek-2 tersebut...ulamak merendahkan diri dan tawadhuk...


walaupun adalah yang terbaik untuk tidak bersalaman, namun mungkin juga Syeikh Sayyid Tantawi ada hujjahnya...mungkin dalam ilmu Siyasah Syar'iyyah, atau dalam mana-2 bidang Ilmu yang kita tak pernah dengari pun....

insyAllah, kalau ada kesempatan bersua muka dengan beliau secara mingguan di Madinah Bu'uth al-Islamiyyah, sya akan minta penjelasan beliau...InsyaAllah...


Salam hormat dan Sayang untuk semua....

qaul muktamad dalam mazhab Hanafi, dalam kitab بدائع الصنائع dalam bab كتاب الإستحسان menyatakan bahawa jika kedua-2 adalah ORANG TUA atau si perempuan itu TUA, dan bersalaman dalam keadaan TIDAK BERSYAHWAT, maka boleh...BUKAN PEREMPUAN MUDA....dan lelaki tu pun bukan muda....


ye lah, manusia bukan maksum, beliau juga tak maksum, tetapi kita perlu beradab dan bersopan santun dengan ulamak...tindakan mereka berlandaskan dalil yang kita tak ketahui,

walaupun saya sendiri kurang bersetuju dengan tindakan beliau tersebut, namun secara beradabnya kita tidak bersetuju tetapi kita tak menghujum dan mengutuk membuta tuli...


Fahrul Razi, Kaherah...

Sunday, February 10, 2008

Ambil iktibar peristiwa kejatuhan Datuk Asri Muda

http://www.malaysiakini.com/letters/36666
Wakil Pemuda | Jun 3, 05 1:31pm

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951, telah mengalami pasang surut dalam perjuangan. Kalah berganti menang, menang berganti kalah. Kita bersyukur sewaktu menang dan kita bersabar sewaktu kalah. Dan kita kalah teruk pada tahun 2004 adalah kerana ramai antara kira yang angkuh dan ego. Lebih ramai yang menyalahkan pihak luar tanpa menyedari kelemahan dan mengakui kelemahan diri kita.

Setiap kali kalah, kita akan mengatakan pihak lawan main kotor, pengadil berat sebelah, media massa memanipulasi kenyataan kita. Seolah-olah tidak ada secebis pun kesilapan di pihak kita. Seolah-olah kita adalah manusia maksum yang bersih daripada salah dan silap.

Sehingga hari ini, penyokong PAS di peringkat cawangan tidak didedahkan kepada ‘post mortem’ bagi menganalisa punca kita kehilangan kuasa di Terengganu dan kenapa leher kita hampir terjerut tali gantung di Kelantan.

Puncanya, kita memilih pemimpin yang terdiri daripada golongan yang hanya pandai berceramah mengkritik dan menyalahkan parti lawan, tetapi tidak mempunyai ilmu politik dalam membuat kenyataan.

Apakah tidak bebal namanya jika sewaktu kempen pilihanraya, kita mengatakan perdana menteri tidak menjadi imam solat jenazah ibunya, maka dengan itu, beliau kurang ‘keIslamannya’?

Tidak bebalkan namanya apabila kita memilih untuk menghentam DAP dengan mengatakan pemimpin mereka adalah ubat yang sudah luput tarikh, sedangkan sasaran kita bukannya DAP.

Apakah cerdik jika kita mengatakan kita kalah kerana penghuni kawasan setinggan, pekerja kilang, serta peniaga pasar malam tidak mengundi kita. Dan kita mendakwa siaran berita RTM hanya sesuai untuk orang-orang yang disebutkan itu, selain daripada orang yang buta huruf?

Mengapakah tidak keluar sepatah kenyataan pemimpin kita bagi mengulas laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis walhal ia adalah satu isu besar yang boleh dimanfaatkan sehingga pilihanraya umum 2008?

Itu hanyalah contoh-contoh kecil tentang bagaimana pemimpin yang kita pilih lebih sibuk bergaya dengan kereta mewah, walhal masih terlalu banyak penyokong kita yang hidup secara kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dan pada yang sama, menabung bagi menguatkan parti.

Sewaktu diberi kuasa di Terengganu, kita sombong dengan pihak media dan kalau boleh tidak mahu diwawancara agar tembelang kita mengenai isu semasa, tidak diketahui pihak media.

Kita menyangka dengan membahagi-bahagi lesen sementara menduduki tanah kerajaan, rakyat akan terus menyokong kita, walhal mereka menjadi cuak dan muak apabila pemimpin di semua peringkat – daripada yang berpejabat di Wisma Darul Iman hinggalah kepada Jawatankuasa Syura Rakyat – sibuk mengikis setiap inci hasil mahsul negeri Terengganu, sehingga ada cawangan membentangkan dalam mesyuaratnya penyata pendapatan daripada hasil balak.

Sebahagian besar daripada kita tidak berada di muktamar ke-28 pada 23 Oktober 1982 di balai seminar Dewan Bahasa dan Pustaka, yang menjadi titik-tolak kewujudan kepimpinan ulama dalam PAS. Pada muktamar tersebut kita memilih untuk menolak presiden parti, Datuk Asri Haji Muda hanya kerana beliau tidak mendengar suara orang muda dalam PAS.

Apakah tidak mungkin pada hari ini, sekali lagi kita membuat keputusan untuk menyedarkan presiden bahawa rakyat Terengganu menolak cara berpolitik beliau sehingga PAS hilang kuasa di Terengganu, dan beliau sendiri tewas di Parlimen Marang, dan hampir tewas di Rhu Rendang, maka ahli-ahli PAS memohon dengan penuh hormat agar beliau menurut jejak langkah orang yang bermaruah, iaitu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan presiden.

Politik menyalahkan orang dan politik melabelkan Pemuda sebagai ‘buih-buih Pepsi Cola’, bukanlah politik orang tua yang bijak. Pencalonan dan pemilihan pada penggal ini berjalan dengan penuh hipokrit. Cadangan Mursyidul Am tidak diendahkan.

Presiden berlepas tangan asalkan dirinya tidak ditentang, kempen-kempen dibuat secara tidak bertanggungjawab. Parti bukan lagi menjadi sebuah bangunan yang kukuh, bahkan tidak lebih daripada menjadi dangau menunggu durian luruh di dusun.

Saturday, February 9, 2008

PRU HARAM ?

mindamerdeka
Kadet



Joined: Dec 12, 2007
Posts: 1213
Location: depan lab top acer
Posted: Sat Feb 09, 2008 6:13 am Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

concern kembar ZM bertanya:

Quote:
Ada ulama mengharamkan. Ada mengharuskan. Jadi nak pakai yang mana, kau kata PRU adalah acuan Yahudi?

Jadi majoriti ulama di Malaysia ini apa pendapat mereka mengenai PRU?




Nak pakai? ikut pendapat masing2 lah. Kalau dia setuju pendapat yg mengharamkan, dia berdakwah guna wadah lain. Begitulah sebaliknya.

PRU adalah acuan yahudi samalah kereta acuan Jepun.

Kita harus guna, tetapi jgn lah bangga sangat, kerana penciptanya Yahudi.

Pendapat majoriti ulama Malaysia?

Tu saya tak tahu. Kena buat soal selidik.

Kalau ramai fikrah salafi, ramailah yg tak setuju dgn PRU.

NEGARA ISLAM MALAYSIA

mindamerdeka
Kadet



Joined: Dec 12, 2007
Posts: 1213
Location: depan lab top acer
Posted: Sat Feb 09, 2008 2:11 pm Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

Saudara concern aka ziarahmerdeka:

Assalamu'alaikum wrt.

Quote:
Salam.

Jadi apa pengajaran yang boleh diambil dari Surah tersebut selain daripada aspek cara "worship", itu?.

Apakah selepas saja patuhi cara worship itu, rakyat yg bukan Islam boleh dipaksa supaya mematuhi hukum hudud misalnya?

Bukankah worhip itu sendiri adalah tiang agama?

Apa maksud agama?
Adakah agama itu hanya worship saja?



Kita bicara lagi apa yg tidak jelas.

Berbeza dgn agama lain, islam, bukan sahaja 'worship' tetapi islam mentadbir seluruh hidup manusia. Lebih jauh lagi, islam bukan sahaja mentadbir seluruh hidup muslim, bahkan mentadbir juga bukan muslim.

Untuk merealisasi islam secara kappah [semua sekali], islam memerlukan negara yg mendaulatkan hukumnya.

Setiap negara di dunia, ada hukum di daulatkannya. Antara hukum yg ada di dunia ialah hukum British,Hukum Belanda, Hukum Perancis, Hukum Rusia, Hukum Jepun, Hukum Islam dan sebagainya. Oleh kerana Malaysia bekas tanah jajahan British, maka hukum Britishlah yang didaulatkan oleh Malaysia, kerana pemimpin2 telah diasuh dengan pemikiran British sebelum merdeka.

Adalah menjadi tanggungjawab semua org islam agar islam dapat ditegakkan sepenuh melalui amar makruf nahi munkar dan tarbiah umat.

Sebuah negara islam yg sebenar ialah negara yang mendaulatkan hukum islam; samada undang-undang keluarga atau undang-undang jenayah. Tidak ada dwi-perundangan seperti sekarang. Dalam urusan keagamaan, contohnya, kes zina, islam memberi pilihan samada menerima hukum islam atau hukuman menurut agama masing-masing, bukan ada mahkamah lain pula yg menguruskannya.


Di Malaysia, lebih 40% peratus bukan islam adalah penganut hindu, buddha dan kristian. Bukan Islam tidak dipaksa menerima hukum hudud, tetapi islam menghukum menurut hukum agama masing-masing.

Untuk kes zina contohnya, kitab2 hindu, kitab buddha, dan injil perlu disemak samada ada hukum zina atau tidak. Bagi hukuman lain, bukan islam kena patuh kpd hukum syariaah sebab tidak ada lagi undang2 lain selain islam. Undang2 British sudah dibuang sepenuhnya dan diganti dgn undang islam.

Begitulah sifat negara islam Malaysia.

SEJARAH POLITIK MELAHIRKAN PERPECAHAN

mindamerdeka
Kadet
Joined: Dec 12, 2007
Posts: 1213
Location: depan lab top acer
Posted: Wed Feb 06, 2008 9:40 pm Post subject: SEJARAH POLITIK MELAHIRKAN PERPECAHAN

--------------------------------------------------------------------------------

Walaupun pemimpin PAS sudah menyedari bahawa politik itu politik, namun pemikiran mengkufurkan musuh ketat PAS; UMNO, masih lagi berakar umbi dalam dan sukar dibuang.

UMNO bukan sahaja musuh politik, bahkan musuh dalam beragama.

Melawan UMNO adalah jihad bg kefahaman sebahagian besar pendukong PAS.

Komen seorang ahli TKO:
Quote:
Orang melayu dan ISLAM? Islam yang macam mana tu? Islam setakat nama je ke? Islam yang pakaiannya dan cara hidupnya lebih dari orang kafir...gitu? sampai tak leh nak beza ni Islam ke kafir...kena cek ic lu...tupun belum tahu murtad ke tak...berapa ramai yang yang solat tapi rukun islam pertama hancur...apa bezanya kalau sikafir solat gak...

Pak imam ameno yang rosak akidah tu...tak payahlah solat kalau belum taubat yang sebenar²nya...kata setengah ulamak kena baharui kalimah syahadah...Pak imam ameno tu dah tobat ke belum?




Sudah berpuluh tahun, setiap kali PRU PAS menganggap UMNO adalah musuh politik + musuh agama.

Mari kita lihat lihat di Indonesia dan Turki.

Di Indonesia, mereka yg menerima tarbiah dari ikhwan indonesian, sebahagiannya terlibat dalam PKS sebagai medan mengembang dakwah islam. Sebahagian lagi ahli, tidak terlibat dalam PKS, dan mereka terlibat dalam NGO atau membuka institusi pendidikan. PKS tidak bermusuh dgn parti lain seperti permusuhan PAS Vs UMNO. PKS menganggap parti lain sebagai mad'u mereka.

Begitu juga di Turki. Sebahagian ahli-ahli dari jamaah annur terlibat dgn politik, dan sebahagian yg lain terlibat dalam aktiviti bukan politik. Jadi mereka berpolitik sekadar menyampaikan mesej islam, bukan pertembungan jihad melawan parti lain.

Sejarah politik di Malaysia telah tercorak begitu rupa; umno adalah musuh pas. musuh pas adalah musuh islam. menentang musuh islam adalah jihad. amanat TGHH adalah bukti yg jelas.

Jadi tidak hairanlah pendukong PAS maki hamun UMNO dan pemimpin UMNO dengan ayat2 quran..kerana pertarungan UMNO Vs PAS adalah tuntutan agama!


Sampai bila kita begini?

PANDANGAN PENYOKONG PAS

ZiarahmenilaI
Joined: Aug 22, 2007
Posts: 1467

Posted: Wed Feb 06, 2008 9:51 pm Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

Puncanya PAS berkewajiban menentang UMNO ialah pihak UMNO hanya membiarkan saja Tunku menerima Perlembagaan Negara yang digubal oleh Reid yg memperuntukkan adanya hukum-hukum Allah tidak boleh dijadikan undang-undang bagi rakyat beragama Islam. Satu daripada hukum Allah itu adalah hukum hudud.

Kita mesti jangan melupakan punca, dan selepas itu kita kena berfikir bahawa kita adalah beragama Islam, tentunya kita bukan golongan Islam sekular. Jadi, berdasarkan kepada punca itu tadi, wajarkah atau tidak PAS bangun menentang UMNO, mengikut ajaran Islam?

Jika wajar, apakah kewajarannya itu di peringkat WAJIB, SUNAT atau HARUS?

Kita jangan membesar-besarkan dan menguar-uarkan akibat saja semata-mata tetapi melupakan begitu saja apa puncanya sesuatu perakra itu berlaku/wujud.
.

Last edited by Ziarahmenilai on Wed Feb 06, 2008 11:00 pm; edited 3 times in total
---------------------------------------------------------------------------

Itulah sebabnya PAS tidak kisah walau pun 50 tahun berjuang masih kalah, ada yang kalah teruk dalam PRU menentang UMNO kerana berkewajibannya menentang itu kerana UMNO mendokong Perlembagaan Negara yang kuasa Perlembagaan itu sendiri menjajah rakyat beragama Islam dari segi menegah rakyat mahukan negara berhukum dengan hukum Allah.

Kalau misalnya al-kafirun memelihara babi dekat rumah kita atau di kampung kita dan babi itu berkeliaran, sanggup pula kita menentang habis-habisan, sebab hukum Allah adalah babi itu najis.

Kalau bab khinzir itu orang UMNO juga bising sanggup menentang kerana hukum Allah babi itu najis; tetapi berkaitan dengan kebebasan berzina di sana sini, mencuri dan merompak; kenapa hukum Allah iaitu hudud, UMNO tak mahu nak pakai... tak mahu nak perjuangkan; apa pasal?

Last edited by Ziarahmenilai on Wed Feb 06, 2008 10:42 pm; edited 3 times in total

Thursday, January 31, 2008

PAS MAIN-MAINKAN HUDUD ?

Parti Islam yang kita harap selama ini untuk berjuang negara Islam dan angkat hudud pun sudah main segan-segan. Nak malu apa berjuang negara Islam? Nak malu apa angkat hudud? Kenapa mesti sorok impian dan sudi tak bertanding semua kerusi parlimen atau sekurang-kurangnya melebihi 2/3 supaya nanti jika menang boleh jadi kerajaan Islam kuat. Memanglah kononnya tak bersekutu dengan DAP, tapi dalam tak bersekutu itupun, kerusi kafirun DAP itu dibiarkan tanpa ada calon Parti Islam sebab apa? Pakatan itu tetap ada walaupun PKR yang jadi orang tengah. Kenapa PKR mulia sangat sampai kita biar dia runding hal dan perjuangan kita? PKR terang-terang tak sokong negara Islam dan hudud, dah tu kita biar impian ini jadi bahan ceramah dan bukan tindakan?

Tak cukup duitkah nak letak calon semua kerusi? Tuan Presiden menang kes dapat berjuta, kalau tak cukup duit, duit menang kes itu boleh diinfakkan. Takkan Tuan Presiden tak mahu infak harta ke jalan Allah? Takkan Tuan Presiden yang menyeru nak tubuh negara kebajikan , tak mahu buat kebajikan? Ini bukan soal tak ada duit. Ini soal tak tegas dengan iman dan perjuangan, ini soal tak yakin yang perjuangan ini indah di dalam dan luar.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6237

Friday, January 25, 2008

PAS MENGAMALKAN FIQH HIRAKI?

mindamerdeka
Staff Sarjan



Joined: Dec 12, 2007
Posts: 901
Location: depan lab top acer
Posted: Sat Jan 26, 2008 5:03 am Post subject: Re: deka

--------------------------------------------------------------------------------

ning wrote:
apa yang mindamerdeka nak sebenarnya?apakah fikh hiraki mesti diasingkan dari politik kepartian?jadi apa saluran untuk kita berpolitik?tolak parti dan angkat senjata?


Ohh, ning tak faham apa itu fiqh hiraki...

politik kepartian ni matlamat nak kuasa, nak undi,,,,

fiqh hiraki pulak diapplykan oleh sebuah harakah islam dlm rangka dakwah dan jihad untuk menegakkan syariat Allah SWT.


Contoh fiqh hiraki:


Nabi saw menyeru kpd tauhid secara jelas, dan sekaligus mengingkari taghut; segala macam bentuk berhala samda berhala batu atau berhala sistem.

Langkah seterusnya nabi saw membina icon2 tauhid terdiri daripada para sahabat asabiqun al awalun. Contoh para sahabat yang mewakili gambaran tauhid ialah Bilal, Amar bin Yasir, Khabar al Arat, Saad bi Waqqas, Abu Dzar....

Bila disiksa dan dijemur di atas padang pasir panas dan diletakkan pula batu besar di atas dadanya.Namun begitu, Bilal melaungkan "ahad" , "ahad" ......

Jadi para sahabat adalah gambaran mesej Rasulullah saw dalam alam kenyataan. [mesej yg hidup]


Fiqh Hiraki: Dalam rangka membina jamaah Islam, ahli jamaah seharusnya menggambar mesej jamaah. Konsep, tindakan ahli, jamaah tidak bertanggung jawab adalah konsep sekular. Contoh, isu dr chua. Organisasi MCA mengatakan itu isu peribadi, bukan isu organisasi.

Dalam harakah islam, sahsiah ahli mewakili sahsiah jamaah, bukan terpisah.

Cuba lihat Parti Pas. Adakah fiqh Hiraki ini di apply?

Ahli PAS terdiri dalam beribu peribadi yang pelbagai fikrah; ada syiah, ada perokok, ada pencaci, ada aliran takfir, ada boloqaroq, ada pak_lang, ada camazol, ada fazene, ada asri, ada ziarahmenilai, ada jokotole, ada ning dan macam2 ada[macam astro].

Adakah peribadi ni mewakili sahsiah jamaah PAS?

Jika PAS kata, tindakan peribadi2 itu PAS tidak bertanggungjawab, maka amat jelas PAS sama dgn UMNO....PAS hanya sebuah partai politik, bukan jamaah/harakah islam yg mengamal fiqh Hiraki.

Semoga menjadi renungan kpd ahli 2 PAS yg perasan jamaah Islam....

PAS JAMAAH ISLAM

thrashersufi
Sarjan



Joined: Aug 12, 2005
Posts: 368
Location: Hereford, England
Posted: Sat Jan 26, 2008 8:57 am Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

Sekali imbas tulisan2 dia ni, ada iras2 ayat pencacai UMNO, apapon aku berhusnu zon tujuan dia baik.. walau benar atau rekaan dan sangkaan yg dibuat,mana yg baik mesti diambil sebagai panduan dan sempadan buat pendokong jemaah Islam, terutamanya dari parti PAS.

Keadaannya lebih kurang sama dengan kehadiran PAS dalam kerajan UMNO/BN.. sepatutnya setiap teguran, bangkangan dari PAS mesti dilihat dari sudut positif untuk mengelak daripada kerajaan menjadi terus-terusan dlm penindasan dan pengkhianatan keatas rakyat.

Namun begitu, beberapa perkara yg boleh menarik perhatian aku ialah apabila mindamerdeka menggambarkan dirinya sebagai pengadil yg menentukan Parti Islam Semalaysia sebagai sebuah Jemaah Islam ataupon hanya sekadar Parti politik semata2.. Bahkan sebenarnya PAS hanya perasan/syok sendiri yg mereka ini Jemaah Islam.

Persoalannya, siapakah mindamerdeka sebagai penilai? Tentu sukar bagi aku nak terima penilaian dan buah fikirannya yg dlm thread2 lain kelihatan bercelaru dan lebih pada agak2. Dalam masa yg sama, secara jelas Parti Islam Semalaysia di iktiraf dan diterima sebagai salah satu Jemaah Islam yg bergabung dibawah payung Jemaah Islam sedunia seperti Ikhwan Muslimin.

Buktinya Tuan Guru Hj Abdul Hadi merupakan salah seorang wakil Jemaah Islam dari rantau kita menjadi wakil Ijtima 'Alami Liwahdatil Ummah yg diadakan setiap tahun diseluruh dunia. Termasuk satu ketika pernah diadakan di Rusila Marang Terengganu sekitar tahun 90an.
Siapa dan jemaah mana menjadi ahli Ijtima Alami Liwahdatil Ummah ini pasti mindamerdeka tahu.

Jadi, bagi aku.. Parti Islam Semalaysia (PAS) sudah di terima dan diiktiraf sebagai sebuah Jemaah Islam oleh dunia Islam tak sedikitpon tergugat dengan kesangsian dan penafian yg cuba dibangkitkan dlm thread seumpama ini.

p/s: siapalah aku sebagai penilai.

Thursday, January 24, 2008

BEBERAPA CATATAN DARI FORUM TKO

Posted: Thu Jan 24, 2008 7:33 pm Post subject: FIKRAH ANZAWAN VS FIKRAH JAMAAH

--------------------------------------------------------------------------------

anzawan wrote:
Pak Rampa ..tak salah utk keluar masuk mana2 parti asal visi dia memperjuangkan Islam ..peduli apa dgn perlembagaan Pas ....sedangkan Al Quran dan Sunnah itulah perlembagaan tertinggi kita ....selagi kita org Islam tak usah risau masuk mana2 parti pun ..asal tujuan dia ikhlas..berjuang mestilah pertama ingat Allah SWT...Dia yg menentukan segala2nya....dan Dia Maha Mengetahui niat kita


Quote:
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.


Pelembagaan Pas juga mengiktiraf perlembagaan negara (lord reid walaupun sudah diubah 39kali mengikut keperluan negara) katanya.....
dan ingat undang2 negara jgn lawan....pemerintah tak bagi jgn buat...

-----------------------------------------------------------------------------


Pada mulanya saya menyangka fikrah anzawan seperti pemimpin UMNO yang tidak fikrah; hanya cari projek baru.

Tetapi rupanya, anzawan membawa fikrah alternatif kepada fikrah jamaah khususnya fikrah PAS.

Sejak kejatuhan khilafah Islam, jamaah islam dalam pengertian yang sebenarnya tidak wujud lagi.

Ulama menjelas, jamaah yang dimaksudkan di dalam hadith2 itu ialah daulah islam. Setiap warganegara wajib taat kepada khilafah dan juga wajib mempertahankan negara dari serangan musuh.

Jamaah yang ada hari adalah kumpulan jamaah2 kecil yang ditubuhkan dengan tujuan melaksanakan sebahagian objektif islam. Ada jamaah yang menumpukan aktiviti terhadap dakwah di masjid, yang lain, menumpukan aktiviti kebajikan, ada pula yang cenderung untuk mencetak risalah dan buku-buku islam dan ada yang bergiat dalam politik seperti PAS.

Tuntutan al Quran dah hadith itu hanya dapat ditanggung oleh daulah islam. Kumpulan2 islam hanya menjadikan perlembagaan al quran dan hadith hanya sebagai teori saja, kerana kumpulan itu tidak dapat melaksana tuntutan al quran kecuali ia adalah sebuah daulah. Bagaimana kumpulan itu hendak melaksanakan hukum hudud dalam kalangan ahlinya sedangkan Amir jamaah tidak ada hak untuk berbuat demikian?

Oleh itu ulama mengatakan kewajipan bersama jamaah A tidak sama dengan kewajipan bersama daulah. Seorang muslim boleh memileh untuk menyertai A atau B. Jika si muslim itu berpandangan A atau B ada kekurangan, dia boleh menyertai kumpulan C. Bahkan bersama dengan AJK surau pun dikira berjamaah untuk melaksanakan dakwah.

Anggapan menyertai jamaah A satu-satunya kewajipan umat adalah pandangan yang sempit dan bukan pandangan jumhur ulama. Hasan Al Banna mengatakan., ikhwan hanyalah salah satu daripada jamaah muslimin yang banyak

Tuesday, January 22, 2008

MUFTI PERLIS BAPAK SETAN

Ustaz Badrul Amin, exco PKR, lebih agresif dari ulama PAS.

Sebahagian ulama menjatuhkan imej diri mereka sendiri apabila terlibat politik kepartaian.

MASALAH DALAM PAS

Anonymous said...

rujukan:
http://www.malaysia-today.net/blog/2005/01/imej-ulama-pas-perlu-diperbaharui.htm


Masalah besar didalam PAS bukan terletak pada pemimpinnya. Masalah utama PAS adalah kebekuan intellectualism PAS bila berhujah dan menyelesaikan permasalahan masyarakat yang kompleks menggunakan jalan logika dan akal.

Bagi fahaman kebanyakkan penyokong dan pemimpin PAS keseluruhan perincian jawapan bagi setiap masalah manusia semuanya wajib ada dan lengkap keseluruhannya didalam Quran dan Hadith.Tidak perlu malah seringkali dituduh sesat apabila akal fikiran dan rasional logika digunakan dalam memahami dan menyelesaikan masalah kehidupan.

Akibat dari kebekuan intellectualism falsafah dan logika,kegiatan PAS menjadi hambar dan jarang merancakkan debat-debat umum yang lebih melebar melainkan terus berlegar-legar dalam kepompong lesu penafsiran 'sebenar'Islam dan istilah serta pakaian nya.

Islam menjadi begitu maju dari sudut pencapaian disegenap bidang ilmu termasuk ilmu sains dan matematik di zaman kegemilangannya kerana tokoh-tokoh ilmuan islam diwaktu itu begitu memahami dan menghargai disiplin berfikir yang benar berpandukan Tauhid untuk memacu mereka membuat penemuan-penemuan penting dalam pelbagai bidang ilmu.

Islam juga telah melahirkan banyak tokoh-tokoh besar dalam bidang falsafah seperti Ibn Rushd ,Al Farabi,Ibn Tufail,Ibn Hazm, Jabir Ibn Haiyan dan Ibn Bajjah dimana aliran falsafah Islam ini juga melahirkan tokoh-tokoh besar didalam ilmu sains seperti Al Razi, Ibn Sina,Al Zahrawi(Albucasis) Al Biruni, Al Jazari,Al Khawarizmi ,Al Battani,Hunayn Ibn Ishaq serta Al-Kindi (sekadar memetik beberapa nama)

Sayangnya tradisi besar keilmuan Islam yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh besar golongan rasional ini tidak digali dan dikunyah oleh pendokong Parti PAS. Mereka lebih suka menghadam kitab-kitab Fuqaha tua seolah-olah semua jawapan-jawapan dan persoalan masalah masyarakat yang termaktub didalamnya adalah muktamad dan keramat umpama wahyu dari langit.


Lihat sahaja Dokumen Negara Islam yang dihasilkan dengan begitu selekeh oleh golongan ulama PAS. Dokumen yang begitu penting yang sepatutnya menjadi ‘magnum opus’ keseluruhan perjuangan Islam yang dilagangkan oleh PAS, dipersembahkan dengan begitu hambar. Tiada langsung hujah-hujah falsafah, rasional dan akademik yang digunakan untuk mengukuhkan fahaman masyarakat kenapa sistem Negara Islam dan Hudud itu lebih baik dari sistem yang ada. Dokumen Negara Islam PAS itu hanyalah suatu bentuk ‘plagiarism’ kitab-kitab fuqaha tua hasil dari proses penghafalan di benak ulama PAS sejak sekian lama.

Kejatuhan kegemilangan Islam juga seringkali dihujahkan dengan cara yang tidak jujur dengan mengambil sikap menyalahkan orientalis barat sebagai penyebab utama kejatuhan Islam disamping kelalaian umatnya dalam mentaati ajaran agama.

Sebenarnya sebab utama kejatuhan tamadun Islam adalah akibat dari serangan-serangan keterlaluan golongan fuqaha keatas golongan aliran falsafah dan sains Islam.Golongan fuqaha yang beraliran keras ini cuba mendominasikan keseluruhan wacana keilmuan Islam hanya didalam lingkungan 'halal dan haram' tanpa memberi ruang bagi golongan rasional meneliti dan menghuraikan persoalan ilmu pengetahuan dari segenap bidang yang melangkaui dialektika halal dan haram.

Akibatnya ruang keilmuan rasional ini diisi, dikembangkan dan seterusnya diambil alih oleh cendikiawan barat yang berupaya memahami kekuatan jalan disiplin berfikir dalam mencari jawapan-jawapan teka teki alam ciptaan Allah.

Selain dari itu pergolakan politik dan perebutan kuasa ( seperti dizaman ‘kegemilangan Islam’ dimana Khalifah Harun Al-Rashid membunuh keseluruhan ahli keluarga Bamarki) serta pengekalan sistem dinasti kekhalifahan yang anti perubahan juga membantu kearahan keruntuhan tamadun Islam.

Sumbangan-sumbangan tamadun barat, cina atau india kearah kemajuan umat manusia jarang mahu diteroka dan dikupas oleh ilmuan Islam didalam PAS. Pendokong aliran sempit yang cenderung melemahkan akal ini tidak pernah mahu tahu nama-nama dan tokoh-tokoh ilmuan Barat dan asing kerana bagi mereka kesemua ilmu ini tidak penting untuk diperbahaskan. Mereka lebih senang menghafal nama-nama 'musuh-musuh' Islam dari mengetahui atau membaca karya-karya besar ilmuan barat.

Akibat dari kejahilan besar dari sudut intellectualism ini, penilaian (evaluation) dan keputusan-keputusan politik mereka seringkali sempit, tersasar dan silap.Kebersanan jalan berfikir rasional dalam menghurai dan menghujahkan kesyumulan Islam gagal dimanfaatkan oleh pendokong dan pemimpin PAS untuk menarik sokongan rakyat dan pengundi bukan Islam.

Saturday, January 29, 2005 2:31:00 PM

REALITI DEWAN ULAMA

[RAMAI PENYOKONG PAS MENYANGKA ULAMA MEREKA ALIM DAN APA YANG BERLAKU DALAM PAS ADALAH BERDASARKAN WAHYU ILAHI.AHLI PERLU MEYAKINI HAKIKAT INI.
CUBA LIHAT PULA REALTI ULAMA DALAM PERSPETIK PEMUDA PAS]


Di dalam seminar tersebut, Salahuddin Ayub ada menyebut supaya ulama perlu mendepani segala isu-isu, seperti isu pertanian, sungai, rumah setinggan dan sebagainya. Ekoran dari itu, para ulama perlu mendalami ilmu pertanian, sungai dan sebaginya.

Aku sebagai seorang yang bertitlekan “ustaz” amat tersinggung dengan sikap Salahuddin itu; dia menyuruh para ustaz mendalami ilmu-ilmu, sedangkan dia sendiri membaca al-Quran pun tidak betul dan dipenuhi dengan kesalahan.

Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam, selayaknya Al-Quran tidak menjadi sebagai sesuatu bacaan sampingan, bahkan perlu dijadikan sebagai bacaan harian yang sekiranya diamalkan, ia tidak akan melahirkan “gagap” ketika membaca al-quran.

Kalau “professional” atau dia bukan “ustaz” menjadi alasan, maka itu tidak seharusnya timbul, ini kerana, membaca al-quran adalah tugas utama bagi semua pejuang Islam, bukan Ustaz sahaja.

Didalam ucaptama Pemuda PAS Pusat di muktamar lepas, Salahuddin menggalakan supaya setiap pejuang Islam mendalami undang-undang Malaysia berbanding mendesak kepada sebahagian peguam-peguam secular mendalami undang-undang Islam.

Sindrom merasakan ulama tak pandai undang-undang, telah di pengaruhi oleh golongan peguam-peguam “syok sendiri” didalam PAS.

Aku masih ingat, macam mana Abdullah Karim, seorang peguam muda menyatakan didalam muktamar Pemuda PAS Selangor yang lepas bahawa, Ulama-ulama PAS tidak mengerti undang-undang.

Semua ini adalah kerana, pembinaan yang dibuat oleh Salahuddin Ayub yang telah “set”kan didalam pemikiran pemuda-pemuda bahawa Dewan Ulama adalah dewan yang lembab.

Aku juga pernah dengar dari mulut Ustaz Nasaruddin tantawi yang menyatakan bahawa, mana-mana alumnai, jangan duduk bawah dewan Ulama, sebab dewan ulama adalah lembab.

Ini adalah penyakit yang telah menimpa rata-rata pemuda PAS, yang penyakit tersebut berpunca dari salahuddin ayub, ketua Pemuda PAS Pusat.

Seharusnya, bagi menyelesaikan permasalahan ini, tidak selayaknya salahuddin menghentam dewan Ulama didepan umum, tetapi perlu adakan teguran didalam anggegment- anggegment dalaman.

Juga, perlu diadakan beberapa siri ijtihad jamaah, bagi menyelesaikan isu-isu semasa mengikut acuan Islam.

Aku masih ingat ucapan Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang didalam Ijtimak tarbiyyah PAS Pusat yang lalu, Beliau menyatakan “kita tidak mampu hendak bina mujtahid macam imam mazhab empat, tetapi kita boleh bina mujtahid secara berjemaah”

Golongan kepakaran dalam bidang masing-masing boleh duduk semeja dengan para ulama membincangkan sesuatu itu itu mengikut kepakaran masing-masing.

Dizaman ini, agak susah kita hendak berjumpa orang yang ‘Alim dalam bidang agama, dan dalam masa yang sama ‘Alim dalam bidang yang lain dari agama. Kalau ada pun, amat sedikit.

Membahaskan hukum Islam mesti berdasarkan kepada kajian mendalam, sumber rujukan yang betul dan berbagai-bagai tindakan yang perlu dilakukan, agar hukum yang ingin di keluarkan tidak tersasar dari kebenaran.

Sabda Rasulullah SAW;

من كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ من النَّارِ

Maksudnya;
“barangsiapa yang melakukan penipuan atasku, maka dia telah tempatnya didalam neraka[1]”

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/09/kritikan-terbuka-kepada-tokoh.html

Monday, January 21, 2008

NEGARA KEBAJIKAN BUKAN NEGARA ISLAM

KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.


Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.


‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.

*****.*.*****
Cina Islam

Antara Kandungan Menifesto PAS
Berikut adalah antara kandungan Menefisto PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.






1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.

2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa .

3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.

5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.


Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH


MINDAMERDEKA: PAS MENDAPAT IKIBAR DARIPADA KEJAYAAN PARTI ISLAM TURKI YANG TIDAK MENYEBUT NEGARA ISLAM.

Sunday, January 20, 2008

JIKA TUAN GURU MENJADI KHALIFAH

Posted: Mon Jan 21, 2008 2:27 am Post subject: JIKA TUAN GURU MENJADI KHALIFAH

--------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang masih ada undang2 dan demokrasi masih lagi wujud.

Kesyukuran itu bukan bermakna kita redha dengan sistem buatan manusia, tetapi kesyukuran itu kerana kita masih mempunyai peluang yang lebih baik untuk berdakwah jika dibandingkan dengan negara kuku besi.


Dr Yusuf al Qardhawi mengatakan sistem demokrasi lebih baik dan subur daripda sistem kuku besi untuk kelancaran dakwah.

Matlamat dakwah ialah perlaksanaan Islam sepenuhnya dam seterusnya berjihad membebaskan Singapura, Thailand, Indonesia dari cengkaman sistem buatan manusia.

Kita perlu bersabar dalam usaha yg suci ini. Jalan tertegaknya daulah Islam dipenuhi dengan ranjau dan onak. Daulah islam memerlukan asas yang berbeda dengan asas jahiliah.


Ada dalam kalangan umat Islam mahu segera mendapat natijah. Mereka berkata, jika dapat kuasa, islam terus dapat ditegakkan.


Untuk memudahkan ahli TKO memahami situasi negara Islam jika ditegakkan tanpa persediaan, kita andaikan Tuan Guru di pileh menjadi khalifah.

40 % peratus orang bukan islam akan menjadi warganegara zimmi dan mereka tidak boleh berpolitik. Mereka boleh menjawat jawatan kerajaan yang tidak ada kaitan dengan agama. Contoh jawatan yang ada kaitan agama ialah hakim dan tentera[jihad]. Adakah orang bukan islam bersedia. Jika tidak bersedia, mereka menjadi kafir harbi dan perlu dihalau dari bumi Malaysia. Tetapi, ke mana?

Kemungkinan orang UMNO 3 juta akan menuntut khalifah melaksanakan segera hudud. [anak omar abd aziz pun minta ayah nya segera laksana syariaat]. Khalifah kata, kita perlu bersabar. UMNO mungkin membuat demostrasi seperti Bersih. Khalifah arahkan askar membunuh semua ahli UMNO yang menyertai demo kerana mereka adalah penderhaka.

Erm, nasib baik Pak Lah bukan khalifah. Jika tidak ratus ribu rakyat yang menyertai demo anjuran bersih layak dibunuh kerana engkar arahan kerajaan.

Marilah kita sama memahami makna daulah islam dan tuntutannya.

Jalan tertegaknya daulah masih jauh.....

Seterusnya kita berusaha seberapa daya ke arah tertegaknya daulah melalui perlbagai kaedah yg diharusnya syara'.

Saturday, January 19, 2008

IKHWAN BERNASYID

Penjara dan lokap adalah rumah ikhwan.

Laungan nasyid ini menyentuh perasaanku...

UMAT ISLAM PERLU BERFIKIRAN TERBUKA

‘Umat Islam perlu berfikiran terbuka’

Oleh Norila Daud

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Umat Islam perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima kepelbagaian tafsiran para ulama demi pembangunan ummah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengajaran para ulama terdahulu perlu dipuji kerana mereka telah membantu umat Islam untuk memahami isi kandungan al-Quran.
Selain menghargai pengajaran para ulama kata Mahathir, umat Islam dinasihatkan supaya tidak terlalu fanatik terhadap sesuatu ajaran dan menolak yang lain.

“Jika semua umat Islam boleh menerima kepelbagaian tafsiran terhadap ajaran Islam dengan fikiran terbuka, maka tidaklah berlaku perpecahan di kalangan orang Islam hari ini,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan Mengimbas Kehidupan Imam Al-Ghazali dan Kesesuaiannya Dalam Dunia Kontemporari di Auditorium, Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

petikan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm


aku mengharapkan ucapan di atas diucapkan oleh tok guru atau tuan guru, tetapi seperti biasa, ucapan-ucapan yang bertaraf ulama antabangsa ini diucapkan oleh Tun Dr Mahathir.

Aku agak dia org yang sangat kuat membaca.... - mindamerdeka

Dokumen - Pas Ambil Risiko Demi Survival Politik

Aku telah baca artikel di bawah, dan aku dapati ia membuatkan aku berfikir. Oleh itu, aku ingin berkongsi pandangan ini dengan pembaca blog ku.-mindamerdeka


oleh: Tun Faisal Ismail Aziz

Tahniah kepada Pas kerana selepas hampir dua tahun, akhirnya mereka berjaya menghasilkan draf pertama Dokumen Negara Islam.

Sayangnya, dokumen yang dihasilkan oleh para pemikir Pas ini tidaklah seberani kokokan ayam-ayam sabung Pas di majlis-majlis ceramah politik Pas ataupun hasutan naqib-naqib usrah di dalam program usrah mereka.

Bagi mereka yang pernah mengikuti usrah, tazkirah dan ceramah Pas serta mengikuti perkembangan perlaksanaan peraturan karut marut Pas di Kelantan dan Terengganu, mereka tentunya tahu bahawa pendirian Pas adalah jauh lebih ekstrem dari apa yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut.

Kita tahu Pas lebih dari mampu untuk menghasilkan dokumen yang lebih terperinci mengenai perubahan-perubahan dan dasar-dasar yang ingin mereka laksanakan, lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai begitu banyak masa selepas dicabar oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mustahil mereka tidak mempunyai `blueprint' yang lebih mendalam kerana setiap pemimpin dan ahli mereka telah bercakap mengenainya sejak lebih 20 tahun yang lalu.


untuk bacaan seterusnya lihat http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1969

Friday, January 18, 2008

BERSIHKAN POLITIKUSARAP

muhammad fakhrul razi said...

assalamualaikum ustaz.. tahniah.. akhirnya entri ini telah membidas hujah ustaz sendiri dalam entri sebelumnya tentang tahaluf siasah yang diperkatakan ustaz.namun, nampak seolah-olah ustaz tidak mendalami sangat soal politik PAS sedalamnya.

terengganu ditadbir PAS pada tahun 1999 sebenarnya atas dasar sentimen apa, jika bukan isu anwar ibrahim. Dan terengganu tidak diperintah oleh PAS kembali pada tahun 2004 atas sentimen apa, jika bukan sentimen anwar yang menghilang dan naiknya sentimen pak lah.

saya amat bimbang entri mengagungkan haji hadi oleh ustaz dalam blog ini akhirnya akan diketawakan sendiri oleh rakan2 lain dalam PAS apabila telah ada suara-suara untuk menggantikan presiden baru pada orang muda dan menyeru haji hadi beralih ke dewan ulama.

apabila saya membaca entri ini, barulah saya faham kenapa ustaz begitu yakin dengan teori tahaluf siasah yang ustaz perkatakan, malah ustaz pernah menyatakan pada saya bahawa kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dakwah.

selepas baca entri ini, barulah saya tahu, ustaz tidak punya pengetahuan cukup dengan pakatan barisan alternatif yang dulu ataupun kini.

bau busuk permainan politik baru ustaz hidu di ijok rupanya.

bukan umno/bn saja perlu dibaiki, malah pas/pkr/ba pun sama.. ada tangan-tangan 'politikusarap' yang bermain mencorak dan mendramakan setiap episod.akhirnya pejuang-pejuang ikhlas menyokong melulu, dan saya tidak segan untuk katakan ustaz telah melulu menyebut tahaluf siasah dengan PKR dulu ,malah promosi untuk mengundi PKR pula.

akhirnya saya masih berdiri kukuh bahawa yang kita perlu bersihkan dan lawan adalah POLITIKUSARAP iaitu orang yang berpolitik sebab 'politik' (baca:kuasa).

ramai orang beranggapan lawan politikusarap adalah menjadi antipolitik.

maka saya dituduh sebagai anti politik.

padahal melawan POLITIKUSARAP adalah dengan menaikkan figur-figur syumul islam yang boleh memberi contoh teladan.

sudah bersediakah haji hadi menjadi contoh teladan? ramai orang masih belum lupa amanat haji hadi yang memecahbelahkan orang melayu dulu, dan masih belum lupa saya melihat haji hadi memeluk lim kit siang dikala haji hadi membenci mahathir.apa-apa pun haji hadi punya ilmu agama yang tinggi, mahir juga dalam selok belok ICT, tetapi belum boleh melepasi kriteria seorang umara yang cekap mentadbir masyarakat berbilang kaum di malaysia dan orang melayu yang majoriti jahil.

orang muda yang cintakan islam mesti persiapkan diri menjadi figur-figur syumul islam, supaya gerakan melawan politikusarap akan tercapai suatu hari nanti.

politikusarap menjadi semakin bengong dan terus bengong. mereka takkan kuat sampai bila-bila.

asal saja kita ada generasi syumul islam ditonjolkan ke tengah masyarakat, zaman peralihan politik akan berlaku.
4:33 AM

petikan http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/tok-guru-haji-hadi-bukan-anuar-ibrahim.html

LKS KAFIR HARBI?

Quote:
Kalau betul-betul nak tegak daulah islam, tak kan pemimpin no 1 berpelukan dgn kafir harbi. [kafir yg memerangi daulah islam].

boloqaroq wrote:
Nabi Muhammad SAW pernah berpeluk dengan yahudi...salah ke? kenapa kata LKS kafir harbi...boleh bagi ciri²nya yang jelas....

Kalau zaman daulah, kafir yg menentang daulah tu di panggil kafir harbi. Khalifah kena halau buang negeri sehingga dia sanggup bayar jizyah dan buat perjanjian....maka jd zimmi. LKS dan Karpal Singh dah istihar akan menentang daulah islam. Belum tubuh dah tentang, kalau tubuh, lagi tentang! Yahudi, Nasrani,Islam ni serumpun. kita panggil agama wahyu atau agama langit. Nabi Musa yahudi, Nabi Isa juga yahudi tetapi pengikut dia nasrani. kalau nabi peluk pun, ikatan agama samawi. ok ker hujah aku??


Quote:
Jadi aku berpendapat, nak tegak daulah kena bekerjasama dgn semua pihak termasuk ahli UMNO kerana tegak daulah ni wajib ke atas semua org islam. Peranan Pas setakat mewakili peribadi2 islam dalam DUN atau Parlimen. Kalau boleh memerintah 4 negeri, alhamdulillah.


boloqaroq wrote:
ameno terang² menentang...siap ugut lagi...apa cadangan tuan dalam hal macam ni? Nampak ameno tu sayang ke kepada Islam ni? boleh tolong jelaskan sikit...nampak macam ada formula hebat je...

Org UMNO ni islam. Ahli dah 3 juta. Bila tegak daulah, org UMNO kena pileh khalifah Islam, org UMNO ada hak, sebab mereka org islam. Ahli DAP tak ada hak. mereka kafir zimi, kalau setuju lah PAS buat Islam. Jadi kita kena berukhuwah dgn ahli UMNO, bukan bermusuhan. Kalau pileh khalifah sekarang, belum tentu TGHH menang. Mungkin ustaz Nakhaie menang kerana 3 juta org UMNO dalam tangan dia doh. Org PAS baru sejuta. aku hujah gini lah dgn mung. hujah quran hadith pun org tak berapa baca dalam TKO ni.

PERTANYAAN UNTUK DPPSUBANG

jazakallahu khairan kerana mung balas...

aku bukan tak setuju PAS pileh kaedah pilihanraya untuk dapat kuasa.

Tetapi aku dok setuju puak mung guna hujah Quran agar orang ramai sokong PAS nak tegak daulah.

Kalau nak memerintah munasabah..aku pun sokong lama dah.

Bila kata nak tegak daulah islam...aku nampak ada penipuan...

Kalau mung boleh cerita step by step kaedah pilihanraya dapat tegak daulah islam dan dapat yakinkan aku...hari ni jugak aku akan bela PAS habis2an..

Negara islam yg aku faham... SEMUA jawatan penting hanya untuk org Islam. Menteri, Askar, Hakim, mesti Islam, sebab org kafir tak boleh berjihad dan tak boleh keluar hukuman. Institusi raja kena buang. Pengundi hanya org islam yg layak. Bukan Islam 40% akan jadi warganegara zimmi dan kena bayar jizyah.

Dgn scenario yg ada lagu mana kaedah PAS nak tegak islam melalui pilihanraya? royat step by step. kita ada akal yg Allah beri, tak kan tak mahu guna. jgn takut untuk berfikir dan melawan arus.

Aku tak pasti ahli2 PAS faham ko dok negara islam, sebab tu asyik sebut hudud jah.

Al BANNA: KITA PEJUANG KEBANGSAAN

anzawanLeftenan MudaJoined: May 11, 2007Posts: 1905
Posted: Sat Jan 19, 2008 4:00 pm Post subject:

Gini lah boloq syariat Islam ni adalah bersifat menyeluruh meliputi ibadat, muamalat atau hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia, hubungan kekeluargaan, munakahat dan jinayat termasuk akidah dan akhlak.

Tetapi Pas ni dok tumpukan kepada hukum hudud sahaja yang merupakan sebahagian dari bidang jinayat.... Tiada ulama Islam yang mengatakan membela ''bangsa dan tanah air'' itu salah dalam agama kita, bahkan membela ''bangsa dan tanah air'' itu menjadi salah satu dari tuntutan agama.

Jelaslah puak2 Pas memang tidak membaca penjelasan mengenai ''kebangsaan ini yang ditulis oleh pimpinan agung Ikhwanul Muslimin, Al-Marhum Hassan Al-Banna

HUKUM ISLAM LUAS. BUKAN HUDUD SAJA

Posted: Sat Jan 19, 2008 3:50 pm Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

Maududi, ulama Pakistan yg terkenal tuh, mengatakan antara silap faham umat islam ialah bila sebut hukum Islam, maka tanggungjawab laksana hukum itu, tanggungjawab pemerintah.

Dalam islam hukum itu meliputi SEMUA bidang hidup manusia. Sembahyang, zakat, puasa, tutup aurat, zina, riba, caci maki, hubung silaturahim, baik sangka...semuanya ada hukum dlm islam samada wajib atau haram.

Boloqaroq nampak hukum ni hudud je..sebab tu dia marah pemerintah sahaja. Ini bentuk penyelewengan fikrah dan hampir sama dgn fikrah sekular juga, sebab memetak2kan hukum islam.


Jadi tidak berhukum dgn hukum Allah menjadi kafir, fasiq dan zalim itu terkena kpd SEMUA org Islam; individu, keluarga dan masyarakat.

AKU TETAP UNDI PAS

Posted: Sat Jan 19, 2008 2:48 pm Post subject: AKU TETAP UNDI PAS

Spanar tanya aku, mung undi gapo... Aku jawab, aku tetap undi PAS. Aku undi PAS sebab utama; calon PAS lebih amanah.

Tapi kalau aku dengar dia kata nak tegak negara Islam di Malaysia, aku tawar hati sikit nak undi calon tuh. Atau dia guna ayat2 quran dan mentafsir ikut nafsu dia. Itu semua strategi nak raih undi Melayu jah. Dah beribu2 ayat Quran dihamburkan untuk tujuan meraih undi terutama musim dekat PRU.

Kalau betul-betul nak tegak daulah islam, tak kan pemimpin no 1 berpelukan dgn kafir harbi. [kafir yg memerangi daulah islam]. Kalau betul2 nak tegak daulah islam, kaedah pilihanraya bukan satu-satunya jalan, sebab penduduk islam Malaysia 60% jah. Pecah dua pulak dgn UMNO.

Jadi kalau nak memerintah, terpaksa bergabung dengan bukan Islam. Selama ni, ayat quran yg org kampung jaja ialah ayat jgn ambil org kafir sebagai wali. UMNO ambil Samy Velu jadi wali. Jadi UMNO bercanggah dgn Quran.

Tu baru nak memerintah bersama. Tegak daulah, jauh lagi..... Jadi aku berpendapat, nak tegak daulah kena bekerjasama dgn semua pihak termasuk ahli UMNO kerana tegak daulah ni wajib ke atas semua org islam.

Peranan Pas setakat mewakili peribadi2 islam dalam DUN atau Parlimen. Kalau boleh memerintah 4 negeri, alhamdulillah. Jadi kita sokong calon PAS, seperti kita anjur orang baik2 jadi manager bank conventional.

Kalu org jahat seperti Najib menjadi manager bank, habis duit bank dia sapu. Kita nak tok guru tadbir, walaupun bank tu bank jahiliah.

Kalu nak memerintah negara, PAS kena lapang dada. Negeri PAS ambil, parlimen bagi ADIL dan DAP. Kalau PAS hantar calon Parlimen yang tidak berfungsi, lebih baik mewakilkan kpd calon ADIL yg lebih berwibawa.

Kalau PAS taksub kpd kumpulannya yang 'islamik', gabungan BA akan menjadi rapuh dan menunggu pecah.

PANDANGAN MENARIK DARI Sp4n4r

Pandangan sp4n4r agak merdeka fikirannya.

sp4n4r Staff SarjanJoined: Dec 08, 2005Posts: 927Location: Dihadapan Komputer
Posted: Fri Jan 18, 2008 8:01 pm Post subject:

Quote:

HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Hujuraat: 11)

Hmmmm... demi mempertahankan diri, mempertahankan kelompok mereka ( pas atau umno ), sewenang wenangnya mempergunakan ayat alquran tanpa diselidik punca ayat alquran itu diturunkan. Jika penggunaan ayat alquran sebagai peringatan antara satu sama lain, tak lah plak akan nampak ayat al quran itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi/kelompok. '

Pas mencemuh UMNO, UMNO mencemuh PAS.Benda yang tidak berkesudahan.

Tiada upaya Pro UMNO mempertahankan diri, digunakan ayat alquran surah al Hujurat ayat 11. Ayat sebelum dan selepas ayat 11 tak plak dibawa bersama.

Begitu juga perangai PRO PAS. Tiada upaya mempertahankan diri, digunakan ayat alquran untuk memperkemaskan hujah/pandangan masing masing.

Kesudahannya ayat ayat alquran semacam disepak terajang kesana kemari untuk misi kemenangan, bukan misi dakwah atau peringatan sesama muslim.

Wednesday, January 16, 2008

Pas guna jenama Islam palsu raih pengaruh

Nakhaie Ahmad menulis: Pas guna jenama Islam palsu raih pengaruh
Date: Wednesday, March 03 @ 00:00:00

MYTTopic: MEDIA DI PASARAN di negara ini dan juga di luar negara, ada pelbagai barangan yang menggunakan jenama terkenal, tetapi, bukan barangan tulen keluaran syarikat sebenar yang memiliki jenama itu.

Syarikat lain telah menciplak pembuatannya secara tidak sah dan turut menggunakan jenama yang terkenal itu untuk meraih keuntungan dan yang menjadi mangsa ialah pembeli yang tertipu dengan jenama tertera pada barangan palsu itu.

Penipuan seperti ini, memang diketahui umum, walaupun kadang kala sukar untuk membezakan di antara asli dan palsu di pasaran. Kita mungkin mengetahuinya, sekiranya harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada harga barangan tulenJika kita mengetahui bahawa barangan berjenama itu tidak tulen, kita kurang terkilan kerana harganya murah. Tetapi jika harganya ditawarkan sama dengan barangan tulen dan kita dapati bahawa barangan yang berjenama itu palsu, tentulah rasa tidak puas hati kita akan meluap. Tetapi apakan daya, kita telah menjadi mangsa penipuan.

Sebagaimana barangan di pasaran, penipuan yang sama berlaku juga di pasaran pemikiran dan ideologi. Ada juga pemikiran-pemikiran palsu dikemukakan dengan menggunakan jenama tertentu secara palsu untuk menarik pengaruh dan menjualnya di pasaran politik.
Jenama paling menarik di kalangan masyarakat Islam ialah jenama Islam itu sendiri. Ideologi politik dan pemikiran jika diberikan jenama Islam, mudah diterima oleh masyarakat Islam. Sehinggakan pelbagai bidaah dan khurafat turut diterima oleh sebahagian daripada masyarakat Islam, kerana ada tahap Islam di dalamnya.

Tidak hairan jika jenama Islam digunakan untuk kempen merebut pengaruh politik di kalangan pelbagai parti politik dalam masyarakat Islam. Bahkan ada pelbagai usaha mencari wang dan kekayaan menerusi penyebaran ajaran-ajaran yang aneh dan pelik dengan menggunakan jenama Islam.

Ada yang menawarkan kemasukan ke syurga dengan cara mudah menerusi amalan tarikat tertentu dengan syarat membayar sejumlah wang sebagai sedekah dan sumbangan kebajikan yang boleh mendapat kelebihan kasyaf dan dapat melihat syurga dan neraka.

Parti politik yang mendaftar sebagai parti Islam, mempunyai kelebihan di dalam usaha menarik pengaruh di kalangan masyarakat Islam. Ini kerana jenama Islam itu sendiri, telah memikat hati kebanyakan orang. Lebih menarik lagi jika gagasan politik dan pemikiran yang dikemukakan oleh parti itu dikatakan daripada ajaran Islam.

Sesuatu pemikiran dan ideologi yang dikemukakan akan lebih meyakinkan sekiranya disertakan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Dengan cara itu, bukan saja penyajiannya menarik, tetapi menimbulkan rasa takut, sekiranya pemikiran dan ideologi itu ditolak.

Jika pemikiran itu ditolak akan bererti menolak Islam. Apalagi dakyah parti berkenaan menyarankan perkara itu dalam kempen politik yang diadakan.

Di dalam Dokumen Negara Islam yang diterbitkan Pas, ada pemikiran palsu yang dilabelkan dengan jenama Islam atau yang berkaitan dengan Islam. Sama seperti barangan palsu yang dilabelkan dengan jenama barangan yang terkenal di pasaran.

Antara gagasan negara Islam yang dikemukakan dalam dokumen itu ialah pembentukan sistem pemerintahan yang berlandaskan syura berparlimen dan raja berperlembagaan. Ini adalah contoh kepalsuan yang menggunakan jenama yang ada kaitannya dengan Islam iaitu syura berparlimen.

Jenama itu mungkin menarik. Tetapi kepalsuannya adalah nyata kerana dalam kotak yang berjenama syura berparlimen itu tidak mengandungi apa-apa isi pun. Apakah yang dimaksudkan dengan syura berparlimen itu?

Apakah sistem syura itu bersamaan dengan demokrasi berparlimen atau berlainan sistem dengannya. Jika berlainan, apakah ia dikatakan syura berparlimen?

Jika syura berparlimen itu sama saja dengan demokrasi berparlimen, perubahan nama itu tentu ada muslihat tersendiri. Seolah-olah Pas akan menjalankan sistem yang tersendiri yang bukan sistem demokrasi, tetapi sistem syura. Tetapi pelaksanaannya serupa saja dengan sistem demokrasi berparlimen.

Masyarakat mungkin membayangkan sistem syura itu akan lebih sempurna dan baik kerana ia adalah sistem Islam. Tetapi apa yang hendak dilaksanakan oleh Pas ialah sistem demokrasi yang dijalankan sekarang. Pas cuma hendak menunjukkan kelainan, untuk menarik pengaruh.
Jika sistem syura berparlimen itu adalah sistem pemerintahan tersendiri yang dibangunkan oleh Pas, berdasarkan ajaran Islam, Pas perlu mengemukakannnya dan menjelaskan kepada masyarakat umum apakah sistem itu dan apakah perbezaan antara sistem syura berparlimen dengan demokrasi berparlimen yang berjalan sekarang ini.

Dengan menggunakan jenama Islam, sedangkan sistem yang menggunakan nama itu tidak pernah dikemukakan dan tidak pernah wujud, ia adalah satu penipuan. Wajarkah sebuah parti politik berjenama Islam, melakukan penipuan seperti ini?

Jenama Islam atau jenama yang berkaitan dengannya tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, tanpa memberikan penjelasan yang benar hubung kaitnya sesuatu yang dinamakan sebagai Islam itu dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ia berkaitan dengan maruah agama dan usaha menegakkan agama yang benar. Kepalsuan yang disebarkan dengan diberikan kepadanya label Islam, akan merosakkan kesucian agama Islam.
Keghairahan untuk menang dalam pilihan raya untuk berkuasa, tidak sepatutnya menjadi pendorong melakukan apa saja, termasuk menyebarkan kepalsuan atas nama Islam.

Kenyataan-kenyataan umum yang menggunakan nama Islam, tetapi tidak dijelaskan maksudnya secara jelas dan membiarkan perkara itu berada dalam kekaburan, adalah juga sebahagian daripada kepalsuan.

Orang mungkin tertarik kepada nama Islam yang dijadikan label. Tetapi kandungannya terus kabur dan dibiarkan kabur selama-lamanya untuk digunakan dalam dakyah. Perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan ke atas Islam sebagai agama yang nyata dan mempunyai mesej yang jelas.

Jika dikatakan negara Islam ialah negara berkebajikan, perlu sekali dijelaskan konsepnya. Apakah negara berkebajikan itu sama konsepnya dengan negara kebajikan yang dilaksanakan di Britain atau di beberapa negara Eropah.

Adakah, konsep negara berkebajikan itu mempunyai konsep tersendiri yang dibangunkan berdasarkan kepada ajaran al-Quran dan Sunnah. Membiarkan konsep negara berkebajikan itu, menjadi tanda tanya, adalah suatu perbuatan yang mengelirukan.

Islam mestilah dijadikan panduan di dalam berpolitik dan bukan memperalatkan Islam dalam permainan politik kepartian yang mengakibatkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat dan memburukkan imej Islam.

Politik Islam yang sebenar bukan saja mendukung risalah Islam tetapi menghayati ajaran Islam di dalam semua kegiatannya dan mematuhi etika Islam dalam berpolitik.

Politik Islam sebenar mengajak setiap orang Islam bersaudara dan berusaha membina hubungan persaudaraan itu dalam realiti kehidupan umat. Politik yang memperalatkan Islam bekerja untuk menimbulkan perpecahan dan konflik di kalangan umat supaya boleh diambil kesempatan untuk meraih pengaruh dan merebut kuasa.

Politik Islam sebenar bergerak dan berjuang untuk mengukuhkan negara dan membina kekuatan supaya negara yang diperintah oleh masyarakat Islam menjadi contoh yang baik dan menyebarkan rahmat kepada rakyatnya.

Politik yang menggunakan jenama Islam sering bertindak melulu dan tidak menghiraukan kepentingan seluruh rakyat. Tindakannya sering menyumbangkan ke arah melemahkan negara dan rakyat dengan pelbagai tindakan yang menghalang penyertaan masyarakat dalam proses pembangunan negara.

Politik Islam sebenar berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan melahirkan sistem terbaik untuk kemajuan pendidikan. Politik yang berjenama Islam, merosakkan sistem pendidikan dan mendirikan sekolah-sekolah yang serba kekurangan dan kelemahan dengan menggunakan jenama Islam, seperti sekolah Islam, tadika Islam dan sebagainya, tetapi tidak mempunyai sistem pendidikan yang sempurna dan berkualiti.

Pelbagai jenama Islam telah digunakan tanpa berdasarkan kajian dan penyelidikan yang teliti, sehingga nama Islam digunakan mengikut khayalan yang tidak berasaskan penelitian ilmu.
Apakah sekolah-sekolah Islam, parti Islam dan pergerakan Islam, benar-benar menjalankan kegiatan mereka berasaskan ajaran Islam yang difahami berdasarkan ilmu dan bukan hanya mengikut perasaan semata-mata? Inilah yang seharusnya diberikan perhatian oleh masyarakat apabila muncul pelbagai kegiatan yang berjenama Islam.

Monday, January 14, 2008

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Posted: Tue Jan 15, 2008 12:11 am Post subject: MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Isu negara Islam telah menghabis umur pemuda dan pemudi Islam dalam polimik yang tidak berkesudahan. Ulama-ulama dahulu memberi definisi negara islam agar umat islam mengenali mana negara yang selamat diduduki, mana negara yang tidak selamat diduduki, begitu juga mana negara yang tidak boleh diperangi dan mana negara yang boleh diperangi.

Oleh itu, ulama telah membahagikan negara kepada dua bahagian: 1) Negara Islam, 2) Negara Kufr Jika berlaku peperangan negara kufr akan menjadi negara Harb, dan jika berdamai negara kufr dipanggil negara Aman.

Dalam kitab "Tuhfah al-Muhtaj" Ibn Hajar berkata; al Rafi dan ulama al Syafiiyah berkata: Darul Islam itu ada 3 jenis: 1) Darul Islam yang menempati org Islam, 2) Darul Islam yang dibuka oleh oleh Islam dan rakyatnya membayar jizyah, 3) Darul Islam yang dikalahkan oleh orang-orang kafir.

Rafi menambah, cukuplah darul islam dibawah kekuasaan imam, walaupun rakyatnya semua kafir! Negara Islam tidak hilang statusnya walaupun terdapat kelemahan dalam perlaksanaan. Negara Islam wajib melaksanakan hukum-hukum Islam, tetapi penerapan hukum Islam tidak menjadi syarat untuk menamakan negara itu negara Islam.

Analoginya, seorang muslim wajib melaksanakan tuntutan Islam, tetapi keengkarannya melaksanakan hukum-hukum Islam tidak menghilangkan statusnya sebagai seorang muslim. Oleh itu negara Islam meliputi Sepanyol, negara OIC, sebahagian besar Afrika, Timur Tengah, Bosnia, Chechya, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Jika kita mengatakan Malaysia negara kufr, maka kita dikehendaki berhijrah ke negara Islam, negara yang aman kita melaksanakan tuntutan Islam.

Thursday, January 10, 2008

TOK GURU MAJU, ANAK BUAH HANCUR

Posted: Fri Jan 11, 2008 2:50 am Post subject: TOK GURU MAJU, ANAK BUAH HANCUR

Tok guru yg ajar kita cara berpolitik, British, dapat faedah dari sistem yg mereka cipta ini sebab rakyat dia berilmu dan rasional. Jadi kerajaan dapat manafaat banyak daripada ahli parlimen pembangkang. Dalam isu internasional, wakil pembangkang sama-sama setuju dengan tindakan kerajaan. Tujuan pembangkang jelas; memberi ide2/cadangan alternatif kepada kerajaan. Teori mereka, melalui hentam dan bangkang, mereka dapat maju. Tetapi Islam berasaskan ukhuwah dan kesatuan. Mengapa kita ceduk bulat2 dari mereka? Di Amerika, ketegangan hanya berlaku masa pilihanraya. Selesai pilihanraya, mereka bersatu membangunkan negara.

Malang sekali dinegara yg dijajah mereka; terutamanya di negara islam. Kewujudan partai2 politik menjadi punca utama perpecahan sesama umat Islam secara berpanjangan. Apatah partai itu digandingkan dengan hukum agama seperti kenyataan di bawah:


Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa'id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi:- "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya).

Masalahnya kaedah islam berbeda dgn kaedah ciptaan barat ini. Jika keadaan ini berterusan, umat Islam akan terus berpecah dan mundur kerana syarat untuk maju adalah KESATUAN.

Asy Syahid Hasan Al Banna telah melihat situasi ini di Mesir. Kewujudan parti-parti menimbulkan perpecahan dikalangan umat, sebaliknya mereka yang terlibat dengan tidak jujur untuk membangunkan negara.

Situasi di Malaysia lagi teruk, kerana kita mencampurkan berjamaah/berharakah dengan berpartai menurut kaedah barat.

Alangkah baiknya umat jika kita berpartai menurut kaedah asal dan menjaga adab Islam. Pembangkang menegur dan membantu kerajaan untuk membantu negara ke arah yang lebih maju. Rakyat bersatu, kerajaan di awasi.

Sampai bila kita mahu melihat umat Islam caci mencaci sesama sendiri?

Tuesday, January 8, 2008

Negara Islam Malaysia: Satu Huraian Ilmiah

Negara Islam Malaysia : Analisis Ilmiah Tarikh: 10/26/2001 5:57:35 PM



Pendahuluan

Perkataan negara Islam bukan satu perkara baru dalam Islam. Bagi PAS inilah agenda penting perjuangan mereka sejak sekian lama, namun ianya belum selesai. Walaupun begitu ada petanda yang memberangsangkan kerana agenda negara Islam mereka semakin mendapat sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam.


Perkembangan ini tidak memberi banyak keuntungan kepada Parti lawannya iaitu UMNO, sekiranya UMNO tidak bijak melakukan percaturan dalam isu yang besar ini. Sekurang-kurangnya UMNO perlu bersedia dengan senjata yang lebih baik untuk mengelakkan diri daripada ditenggelamkan dalam isu ini. Lalu perkataan negara Islam mula diangkat tinggi menjadi istilah yang paling laris di pentas politik Malaysia dewasa ini. Ia bermula dengan desakan dan cabaran Dr. Mahathir PM Malaysia dan Parti DAP kepada PAS supaya mengisytiharkan bentuk negara Islam yang hendak dijalankan oleh PAS.


Cabaran ini disambut oleh pemimpin PAS secara politik kerana cabaran tersebut dianggap satu isu politik untuk mengaut keuntungan dan sokongan orang Islam dan bukan Islam. Presiden Parti Islam telah mencabar Dr. Mahathir mengiytiharkan Malaysia sebagai negara Islam di Parlimen. Dr. Mahathir tidak menyahut cabaran tersebut, sebaliknya membuat pengiytiharan negara Islam sewaktu ucapan perasmian mesyuarat Agung Parti Gerakan. Sebelum itu, iaitu menjelang pilihanraya umum Negeri Sarawak, Parti DAP telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Alternatif iaitu gabungan kerjasama parti pembangkang, atas alasan tidak bersetuju dengan hasrat PAS mahu menegakkan Negara Islam melalui BA.


Jelasnya isu negara Islam telah menjadi topik utama yang dipergunakan oleh pihak UMNO untuk memerangkap PAS melalui media masa cetak dan elektronik sepanjang hari.


Walaupun ianya begitu hangat ditimbulkan kebelakangan ini, namun sebenarnya UMNO telah membuat berbagai persediaan untuk menjawab tuduhan PAS bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. UMNO sedar bahawa lebel “Malaysia bukan negara Islam” mendatangkan kesan yang amat buruk kepada UMNO dari segi sokongan orang Islam. Oleh yang demikian Presiden UMNO mahu satu jawapan tegas dan hujah konkrit dapat disimpulkan dengan kadar segera bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.


Sebab itu dalam perkembangan yang berlaku, seluruh tumpuan diberikan kepada usaha menambah dan mengukuhkan hujah bahawa Malaysia adalah negara Islam. Di antara usaha sungguh-sungguh yang dilakukan ialah: Debat olok-olok yang dibuat oleh UMNO berkaitan dengan isu negara Islam dan isu takfir.


Langkah seterusnya ialah mengeluarkan buku dan kertas kerja yang menghuraikan konsep negara Islam Malaysia. Antaranya Kertas kerja/buku negara Islam yang ditulis oleh Wan Zahidi Wan Teh dan Kertas Kerja berkaitan negara Islam yang ditulis oleh Dato Haji Nakhae Hj Ahmad.


Beberapa siri penjelasan tentang negara Islam Malaysia telah dibuat melibatkan para ulama yang berada dalam Parti UMNO, terutamanya melalui siaran televisyen, seminar, khutbah jumaat dan perjumpaan. Kemuncak kepada usaha itu ialah pengisytiharan negara Islam yang dibuat oleh PM selaku presiden UMNO tempoh hari.


Bagi PAS, mereka seolah-olah tidak berganjak daripada sikap lama yang menolak sebarang kenyataan negara Islam daripada pihak UMNO. Beberapa pimpinan tertinggi PAS membuat kenyataan agar isu negara Islam ini dibincang secara bersemuka dengan pihak UMNO. Akhirnya Timbalan Presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan tidak perlu dibuat kerana kedudukan negara Malaysia sebagai negara Islam sudah jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi.


Inilah gambaran dan latarbelakang yang mewarnai isu negara Islam di Malaysia sehingga isu itu begitu panas sepertimana hangatnya nama Osama bin Laden dengan Presiden Amerika Bush selepas peristiwa hitam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada bulan September 2001 yang lepas.


Berdasarkan latarbelakang itu, kita perlu melihat isu negara Islam dalam konteks akademik dan keilmuan, kerana penjelasan secara keilmuwan dapat menghuraikan perselisihan yang berlaku dengan lebih baik. Melalui perbincangan ilmiah, asas teori dan permasalahan dapat dilihat dengan lebih jelas dan adil. Ini sudah tentu dapat kerana penjelasan secara keilmuwan dapat membantu mengghuraikan menggunakan metod munaqasyah dan menolak hujjah pihak kedua.


Metod ini digunakan untuk mematikan hujah pihak lawan, seperti alasan ini tidak dapat dielakkan kerana perbincangan yang dibuat biasanya akan sampai kepada kesimpulan dan jawapan. Ia menghasilkan sesuatu rumusan yang menepati mana-mana pandangan dan secara terbuka kita harus menerima kenyataan tersebut dengan penuh insaf dan takwa. Kita perlu menolak sikap keras kepala dan degil dalam menerima kebenaran ilmu dan hujjah.


Untuk tujuan tersebut, kertas ini akan membincangkan beberapa persoalan berikut yang dikira paling rapat hubungannya dengan isu negara Islam yang diperdebatkan kini.







Persoalan Pertama: Apakah metod Ulama UMNO mendakwa negara Malaysia sebagai negara Islam ?

Persoalan Kedua: Bagaimanakah pula konsep negara Islam yang dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia dan apakah hujah mereka bahawa Malaysia bukan negara Islam

Persoalan Ketiga: Apakah kaedah yang digunakan oleh Ulama Islam silam dalam mentakrifkan sebuah negara Islam,negara kufur/ negara musuh dan negara yang membuat perjanjian dengan negara Islam?

Persoalan Keempat: Analisis dan Penilaian terhadap metod yang digunakan oleh UMNO dan PAS

Persoalan Kelima: Sejauhmana Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan? (Persoalan ini tidak dikupas)

Persoalan Keenam: Apakah sebenarnya status negara Malaysia menurut pandangan ilmu Politik Islam? Apakah sikap politik Islam terhadap polimik ini?


Dalam menghuraikan persoalan di atas, kita akan merujuk kepada hujah al-Quran melalui tafsiran para ulama, begitu juga hadith-hadith Nabi. Malah model negara Islam Madinah merupakan petunjuk utama yang akan menjadi pegangan dan asas perbincangan. Manakala pendapat para ulama akan dikupas dan dianalisis bagi menentukan kaedah yang digunakan dan juga tujuan di sebalik daripada kenyataan tersebut.


Kertas ini diharap tidak menimbulkan salah tafsiran oleh setengah pihak, sebaliknya menerima secara terbuka berdasarkan metod dan disiplin ilmu yang betul untuk mencari hakikat sesuatu perkara. Sebarang teguran dan kritikan adalah dialu-alukan dari semua pihak. Sekian terima kasih.



Persoalan Pertama: Apakah Metod Ulama’ UMNO mendakwa negara Malaysia sebagai Negara Islam ?


Pemimpin UMNO yang dilihat banyak mengambil bahagian dalam menjelaskan konsep negara Islam Malaysia ialah:


Dato’ Sri Hamid Othman, iaitu Penasihat Khas Agama Perdana Menteri Malaysia, Dato Haji Nakhae Hj Ahmad iaitu Yang Dipetua YADIM, Wan Zahidi Wan Teh iaitu Pegawai Unit Penerangan Khas Kementerian Penerangan Malaysia.

Beberapa tokoh dari IKIM juga terlibat secara langsung dalam perbincangan dengan menyokong konsep negara Islam Malaysia, seperti Pengarah IKIM Dato’ Dr. Ismail Ibrahim dan Fellow Kehormat IKIM Ust Othman al-Muhammadi.


Selain dari mereka itu, ada lagi tokoh-tokoh lain yang memberikan pandangan mereka, Cuma tidak ada huraian detail daripada mereka, sebaliknya memberikan komen apabila ditanya oleh pihak media sahaja, Contohnya Dato Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abd. Majid Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pernah membuat beberapa kenyataan bahawa Negara Islam secara ideal tidak ada sekarang. Yang ada sekarang ialah negara Islam menurut rasional. Beliau juga pernah menyebut Malaysia boleh dianggap negara Islam, tetapi termasuk dalam kategori tidak memenuhi syarat sepertimana orang fasik.


Di antara metod dan kaedah yang digunakan Oleh Dato Haji Nakhae Hj. Ahmad dan Wan Zahidi Wan Teh serta rakan-rakan yang lain untuk mengisthbatkan negara Malaysia sebagai negara Islam ialah:


1. Membentuk asas teori negara Islam menurut tafsiran dan pandangan Abu Hanifah dan beberapa fuqaha lain

2. Menggunakan metod qiyas

3. Menggunakan metod pengukuhan dan pengesahan secara tawsif /ciri-ciri

4. Menggunakan metod Perlembagaan Negara

5. Menggunakan metod akal dan logik

6. Menggunakan metod munaqasyah dan menolak hujjah pihak kedua.



Metod Pertama:
Membentukan asas teori negara Islam, berdasarkan pandangan para Fuqaha dan tafsiran-tafsiran mereka

Pengertian Negara Islam telah dinyatakan oleh beberapa Ulama’ silam dalam kitab mereka, termasuklah huraiannya sekali. Dengan merujuk kepada pendapat-pendapat tersebut, UMNO membuat tafsiran tertentu sehingga selaras dengan maksud dan tujuan yang dikehendaki iaitu: “Malaysia sebagai sebuah negara Islam”.


Pendapat yang popular yang selalu menjadi rujukan dan sandaran hujjah ialah pengertian Dar kufr yang disebut oleh al-Kasani dari Mazhab Hanafi dalam Kitabnya Bada’I’alsana’I’, juz 7, halaman 130-131 (cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut 1986)


Al-Kasani menyebut pendapat Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani (murid Abu Hanifah):

Maksudnya: Sesungguhnya kenyataan yang kami sebut dar al-Islam dan dar kufr ialah menyandarkan keadaan negara kepada Islam dan kepada kufur. Sebenarnya disandarkan negara kepada Islam atau kepada kufur adalah kerana zahir/menonjolnya Islam atau menonjolnya kufur di dalamnya. Contoh lain ialah sebagaimana Syurga dinamakan Dar al-Salam dan neraka sebagai Dar al-Bawar, kerana adanya keselamatan dan kesejahteraan dalam syurga dan wujudnya kesengsaraan dalam neraka.


Al-Kasani menyambung lagi kenyataanya:

Maksudnya: Zahirnya Islam dan zahirnya kekufuran itu bermaksud zahir dan menonjolnya hukum/undang-undang/peraturan kedua-duanya, Maka apabila zahirnya/dominannya hukum kufur dan undang-undangnya dalam sebuah negara, maka jadilah ia Dar kufr dan betullah sandaran tersebut (al-idafah). Dan begitulah juga akan jadi sebuah negara sebagai negara Islam apabila zahir dan menonjolnya undang-undang Islam di dalamnya tanpa syarat yang lain.


Dalam kenyataan yang berkaitan al-Kasani menambah pendapat Imam Abu Hanifah:


Maksudnya: Pendapat Abu Hanifah mengenai maksud sandaran negara kepada Islam dan kufur bukan kerana ain/zat Islam atau kufur, tetapi maksudnya ialah dari aspek keamanan atau ketakutan. Maknanya ialah: Jika keamanan bagi orang Islam secara mutlak dan ketakutan bagi orang kafir secara mutlak, maka ia adalah negara Islam. Jika keamanan di dalamnya bagi orang kafir secara mutlak dan ketakutan bagi orang Islam secara mutlak, maka ia adalah negara kufur. Peraturan/hukum-hukum itu diasaskan kepada keamanan dan ketakutan, bukannya bergantung kepada Islam atau kufur, kerana pemakaian kaedah aman dan takut itu lebih baik dan utama.


Berhubung dengan pendapat para Ulama Hanafi di atas, pendapat Abu Hanifah telah menjadi sandaran untuk meletakkan Malaysia sebagai negara Islam, Dato’ Nakhaei menyatakan:


“Tetapi, saya lebih meyakini pendapat bahawa negara-negara bangsa sekarang termasuk Malaysia, kekal statusnya sebagai Negara Islam. Hujah-hujah dari segi hukum telah dijelaskan sebelum ini. Justeru tidaklah perlaksanaan hukum itu menjadi syarat utama bagi Abu Hanifah dan ulama dari Mazhab al-Syafii bagi menentukan sesebuah negara itu sebagai negara Islam”



Teori Pertama mereka ialah: “adanya beberapa ciri tertentu daripada ciri-ciri lengkap sebuah negara Islam, akan mengekalkan statusnya sebagai negara Islam, meskipun tidak sepenuhnya sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin.” Inilah sebenarnya asas permasalahan atau asas teori negara Islam” (asl al-mas’alah) dalam persoalan ini mengikut pendapat Dato Nakhaei.


Ini menunjukkan beliau tidak mengambil pandangan Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani yang mengatakan bahawa dominan undang-undang Islam dalam sebuah negara merupakan asas bagi sebuah negara Islam. Atau mengikut ungkapan mereka berdua bahawa perbezaan antara negara Islam dengan negara kufur adalah berdasar kepada undang-undang mana yang dominan. Apabila undang-undang Islam dominan, maka jadilah ia sebuah negara Islam. Sebaliknya jika undang-undang kufur dominan, maka jadilah ia negara kufur.


Bertolak daripada asas teori di atas, maka kita dapati beliau (Dato Nakhaei) telah menumpukan seluruh perbincangan kepada satu matlamat iaitu membuktikan bahawa wujudnya ciri-ciri negara Islam di Malaysia, kerana dengan adanya beberapa ciri tersebut sudah menjadikan Malaysia sebagai negara Islam Contohnya:


1. “Islam adalah agama rasmi negara. Walaupun ada yang mentafsirkan bahawa Islam sebagai agama negara hanyalah berupa adat istiadat seperti membaca doa di dalam majlis-majlis resmi, tetapi hakikatnya dengan adanya kedudukan Islam sebagai agama negara itu, kerajaan boleh membelanjakan wang untuk memajukan pembangunan Islam di negara ini dan membuat rancangan-rancangan bagi kemajuan tersebut secara rasmi,melalui peruntukan yang dibentang dan diluluskan di dalam parlimen” ( Kertas Nakhae h.21 )


Penulis Astora Jabat pernah menyebut bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan dana yang besar untuk pendidikan Islam. Perkara ini sudah tentu tidak dilakukan oleh negara bukan Islam.


2. Parti-parti politik yang menganggotai Barisan Nasional bersepakat memberi kepercayaan kepada kepimpinan orang Melayu(Islam) untuk menerajui parti dan kerajaan. ( Kertas Nakhae h.21)


3. Kedaulatan orang Islam kerana orang Islam menguasai jentera kerajaan, polis dan tentera. ( Kertas Nakhae h 21)


4. Banyak program pembangunan dalam bidang ekonomi Islam telah berjaya memperbaiki tahap dan taraf hidup orang Islam di Malaysia, seperti bank Islam. Dari situ Dato Nakhae menambah bahawa keadaan ini telah dapat memenuhi ciri utama bagi negara Islam yang menetapkan bahawa kekuasaan orang Islam dan kedudukan kukuh agama Islam itu sendiri. (Kertas Nakhae h.21 )


5. Memberikan hak dan kebebasan kepada orang bukan Islam di Malaysia. Orang bukan Islam dapat hidup dengan baik di Malaysia.



Teori kedua: Negara Islam mithali pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin bukanlah satu ukuran/ciri mutlak dalam penentuan status negara Islam (Kertas Nakhae h. 17). Beliau menyebut:


“Sedangkan negara mithali yang diakui oleh semua sebagai contoh itu, tidaklah menjadi ciri yang mutlak sehingga jika tidak terdapat Teori kedua: Negara Islam mithali pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin bukanlah satu ukuran/ciri mutlak dalam penentuan status negara Islam (Kertas Nakhae h. 17).




Teori ini dirumuskan daripada kenyataan al-Sarakhsi dalam kitabnya Syarh al-Siyar al-Kabir juz 3 h.61 dan pendapat Bahauddin Muhammad b. Ahmad Asbijabi dalam kitab Ahkam al-Zimmiyyin wa al-Musta’maninin fi dar al-Islam oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, 1963 hh 20-21.


Wan Zahidi Wan Teh juga telah mengutarakan teori ini bersandarkan kenyataan Abu Zuhrah yang menyebut negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, dengan kekuasaan dan pertahannnya di tangan orang Islam (Kertas Wan Zahidi . h.1)




Metod Kedua: Menggunakan Metod Qiyas

Metod kedua yang digunakan oleh mereka itu ialah qias. Perkara ini dapat dilihat melalui kenyataan berikut:


“Keadaan yang terdapat di dalam dunia Islam setelah berlalu zaman khulafa al-Rasyidin tidak lagi sebagaimana keadaan di zaman mithali itu. Kualiti kepimpinan lebih rendah, keadaan masyarakat yang berperang sesama sendiri dan berpecah belah, kestabilan politik dan perpecahan yang berlaku tidak menghilangkan status negara sebagai negara Islam. Tidak sesiapa pun di kalangan ulama Islam dahulu dan sekarang , mengeluarkan negara-negara tersebut dari senarai negara-negara Islam (kertas Nakhaei h. 11)”


Penulis merujuk kepada hakikat penyelewengan dan kelemahan yang berlaku dalam kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah tidak dijadikan sebab oleh para ulama untuk menolak status negara itu sebagai negara Islam. Untuk itu kelemahan yang ada dalam negara Malaysia seperti tiada perlaksanaan hudud, tidaklah menyebabkan hilangnya status negara Islam di Malaysia. Malah Ust. Nakhaei pernah menegaskan dalam satu forum di Uni. Malaya bahawa sekiranya ulama silam masih hidup, mereka juga akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana mereka mengakui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah sebagai negara Islam.


Metod ini juga digunakan untuk mempersamakan antara langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan peranan Khalifah Islam yang digariskan oleh al-Mawardi. Wan Zahidi semasa menjawab persoalan sejauhmana kerajaan Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah negara Islam, beliau telah menyenaraikan 12 peranan yang dijalankan oleh khalifah Islam. Beliau kemudiannya menyimpulkan bahawa kerajaan Malaysia telah pun melaksanakan kesemua tugas itu, kecuali hudud kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi kekurangan itu telah ditampung oleh kerajaan melalui program Islamisasi. (Kertas Wan Zahidi h.1-8)




Metod Ketiga: Menggunakan metod pengukuhan dan Pengesahan secara tawsif /ciri-ciri

Metode ini digunakan untuk menyenaraikan ciri-ciri yang dimiliki oleh Malaysia yang didapati selari dengan ciri-ciri sebuah negara Islam yang diutarakan oleh beberapa ulama silam. Perkara ini telah disebutkan di bahagian awal perbincangan ini. Sebagai maklumat tambahan Wan Zahidi telah mengutarakan ciri Syura (melalui parlimen) yang wujud dalam negara Malaysia adalah menepati kehendak Syura sebenar. (Kertas Wan Zahidi h .9)


Begitu juga cara perlantikan pemimpin di Malaysia adalah menepati kaedah pemilihan ketua negara menurut Islam, iaitu secara pilihanraya dan wilayah al-`ahd. (Kertas Wan Zahidi h. 8)

Dengan itu ciri ini mengukuhkan lagi kedudukan dan status negara Islam di Malaysia.




Metod Keempat:
Menggunakan metod Perlembagaan Negara

Metod ini merujuk kepada peruntukan 3(1) mengenai kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Bagi Wan Zahidi, peruntukan tersebut mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Beliau menyifatkan kedudukan Islam itu sebagai hasil perjuangan UMNO. Dengan peruntukan tersebut beliau menegaskan Malaysia sebagai negara Islam (Kertas Wan Zahidi h 3)



Metod Kelima:
Menggunakan Metod Akal dan Logik

Metod akal dan logik juga digunakan untuk menyokong kedudukan Malaysia sebagai negara Islam. Antaranya ialah seperti yang dinyatakan oleh Wan Zahidi .iaitu, jika tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam, maka bermakna Malaysia termasuk dalam kategori negara kafir, kerana tidak ada pembahagian ketiga yang dibuat oleh fuqaha selain daripada negara Islam dan negara kafir. Sedangkan menganggap Malaysia sebagai negara kafir adalah suatu yang tidak mungkin. Oleh yang demikian nyatalah bahawa Malaysia termasuk dalam kategori negara Islam (Kertas Wan Zahidi h 2)


Selain daripada itu beliau membangkitkan satu lagi logik bahawa jika menganggap negara Malaysia bukan negara Islam, maka tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara (Kertas Wan Zahidi h. 2). Sehubungan dengan itu Dato Nakhaei meyimpulkan secara logik bahawa jika dianggap negara seperti Malaysia adalah negara kafir, maka haruslah ditentukan pula samada negara itu negara perang atau negara perjanjian. Katanya, jika negara itu dianggap negara perang, maka diharuskan darah golongan yang memerintah dan para penyokong mereka, walaupun dari kalangan orang Islam, kerana tidak ada lagi hak memelihara darah bagi sesebuah negara dan pemerintah kafir, melainkan jika termasuk dalam negara perjanjian (kertas Nakhaei h. 18)



Metod Keenam:
Menggunakan metod munaqasyah dan menolak
hujjah pihak kedua
Metod ini digunakan untuk mematikan hujah pihak lawan, seperti alasan Malaysia mengamalkan dasar sekularisme dan asobiyyah yang bercanggah dengan Islam. Dengan itu mereka mengemukakan berbagai-bagai tafsiran bagi menjelaskan konsep sekularisme dan asobiyyah yang ada di Malaysia adalah selaras dengan kehendak Islam.

Huraian panjang lebar tentang sekularisme dan asobiyyah ini telah dijuarai oleh Ust Othman al-Muahmmadi, Fellow Kehormat IKIM. Beliau memetik pandangan dan teori asobiyyah Ibn Khaldun di dalam bukunya al-Muqaddimah bahawa asobiyyah yang ada di Malaysia adalah suatu tuntutan Islam, kerana ia merupakan satu gambaran kekuatan sesuatu bangsa dalam menjalankan pemerintahan dan kekuasaan. Ia tidak ditolak oleh Islam. Sedangkan asobiyyah yang bercanggah dengan Islam ialah dalam perkara kezaliman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w .

Manakala sekularisme pula ditafsirkan sebagai satu sikap menolak agama dalam kehidupan, sedangkan apa yang ada di Malaysia bukannya sikap menolak Islam, kerana kedudukan Islam begitu mendapat tempat di dalam masyarakat dan negara Malaysia. Sebab itu tidak timbul soal sekularisme di Malaysia.

Inilah metod dan kaedah serta hujah yang diutarakan oleh ulama yang berada dalam dalam UMNO untuk mendokong kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.




Persoalan Kedua: Bagaimanakah pula konsep negara Islam yang dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia dan apakah hujah mereka bahawa Malaysia bukan negara Islam

Setakat ini PAS tidak mengeluarkan bahan bertulis secara khusus menolak kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, kecuali setelah pengisytiharan negara Islam oleh Dr. Mahathir. Antaranya artikel bertajuk “Apa Ukuran Negara Islam” oleh Dr. Dzulkifli Ahmad Pengarah Pusat Penyelidikan PAS disiarkan dalam Harakah 16-31 Okt 2001 Tulisan itu banyak mempersoalkan tentang ketidakwajaran pengisytiharan negara Islam bagi sebuah negara yang mengamalkan unsur kezaliman, penekanan, pencabulan hak dan keadilan, pendakwaan dan penghukuman terpilih dan sebagainya.


Disamping itu artikel itu membuat penegasan yang sama dalam masalah dasar dan perinsip negara Islam sebagaimana yang dinukil daripada kitab Fiqh al-Daulah oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Manakala sebelum itu pemimpin PAS cuma menolak pengisytiharan negara Islam itu melalui ceramah dan kuliah pengajaran. Kenyataan juga dibuat apabila pihak media mengajukan soalan yang berkaitan.


Sebaliknya Para ulama PAS membicarakan pengertian dan konsep negara Islam dalam penulisan mereka tanpa menghurai panjang lebar sejauhmana status negara Islam di Malaysia, contohnya buku Konsep Negara Islam dan Matlamatnya oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, buku Model kerajaan Islam oleh YB Haji Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Sebab itu kita dapati PAS menolak status Malaysia sebagai negara Islam, berdasarkan teori dan konsep negara Islam yang mereka bincangkan. Jadi inilah satu-satunya metod PAS dalam menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Ini berbeza sama sekali dengan UMNO yang telah merangka beberapa metod khusus untuk mengiyakan bahawa Malaysia sebagai negara Islam.

Dalam perbincangan ini, kita akan menumpukan perhatian kepada teori-teori yang menjadi asas kepada konsep negara Islam menurut PAS.

Bagi PAS penentuan negara Islam adalah berdasarkan kaedah/teori Perlembagaan (perundangan ), teori kedaulatan Islam, teori kerajaan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin, teori Agama dan politik tidak boleh dipisahkan, teori sekularisme dan asobiyyah adalah dasar yang bercanggah dengan Islam, teori kepimpinan ulama dan teori tanggungjawab kerajaan Islam




Teori Kerajaan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan
Khulafa al-Rasyidin.

Teori yang paling asas bagi PAS ialah:model kerajaan Islam yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w dan diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin adalah rujukan utama dalam sistem politik dan kenegaraan. (lihat kenyataan Model kerajaan Islam oleh Haji Harun Taib h.27)

Ini berdasarkan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai pengasas kepada pembentukan negara menurut acuan Islam yang tulin. Identiti kerajaan Islam tersebut telah di teruskan oleh para khulafa al-Rasyidin.Oleh yang demikian segala asas yang ada dalam sistem pemerintahan Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin adalah suatu kerangka utama yang semestinya ada bagi sebuah kerajaan/negara Islam. Di antara asasnya ialah: perlembagaan,kedaulatan Islam, kepimpinan Islam, kesatuan dan kebajikan umat




Teori Perlembagaan Islam atau Perundangan:

Perlembagaan Negara Islam merupakan undang-undang tubuh bagi sebuah negara. Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi, negara hendaklah mengucap dua kalimah syahadah melalui peruntukan perlembagaan dengan cara memasukkan peruntukan khusus bahawa undang-undang tertinggi dalam negara ialah Undang-undang Islam. Dengan itu mana-mana undang-undang dan peraturan lain yang bercanggah dengan Islam dikira terbatal. Melalui teori ini , mereka berpendapat bahawa negara Islam ialah negara yang mempunyai perlembagaan Islam sendiri sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w melalui perlembagaan Madinah. Sementara Negara demokrasi pula mempunyai perlembagaan demokrasinya.



Teori Kedaulatan Syariah Islamiyyah

Kedaulatan Syariah Islamiyyah dalam negara bermaksud segala kegiatan pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan tunduk dan patuh kepada peraturan Islam/Syariah. Haji Abdul Hadi menyebut:

Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaannya. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklah dirujuk kepadanya”… (Haji Hadi, Konsep Negara Islam h. 8 & 20,21,22dan23 )

Ini bermakna negara menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi. Perkara ini juga disandar kepada perjalanan kerajaan Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin. Perkara inilah yang diulang berkali-kali oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyid Am PAS.

Haji Haron Taib menyatakan bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan Agama, sebagaimana yang difahami daripada kata-kata al-Imam al-Ghazali yang bermaksud:

Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang (buku Model Kerajaan Islam, h 42)

Dalam satu kenyataan lain Haji Harun Taib juga menegaskan teori ini dengan katanya:

“Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau imaratul mukminin ataupun al-imamah al-Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariah Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya”. (Model Kerajaan Islam h.49)





Teori Kepimpinan Ulama’ dan Tanggungjawab Kerajaan

Kepimpinan negara Islam adalah terdiri daripada barisan para ulama yang berkemampuan dan memenuhi syarat kelayakan menurut konsep kepimpinan Islam.Model ini adalah satu lanjutan daripada sistem pemerintahan Islam pada zaman awal Islam. Haji Harun Taib menyebut:
“Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para Ulama. Hal ini adalah di dapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam” ( Model Kerajaan Islam h. 42)


Beliau menambah lagi bahawa penglibatan para ulama pada zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin bukan sekadar dalam bidang politik sahaja, malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Sebab itu beliau menegaskan:


“Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan, tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara” (Model Kerajaan Islam h 43)


Perkara ini dibangkitkan kerana kedudukan ulama dipinggirkan terus dari institusi kuasa dan pemerintahan dalam sistem sekular, sebaliknya ulama hanya diberi peranan sebagai penasihat agama yang jauh lebih rendah kedudukannya darripada penasihat undang-undang moden. Akhirnya ulama’ sendiri berpecah belah sesama mereka.


Dalam konteks ini Haji Abd Hadi merujuk kepada Firman Allah dalam surah al-haj ayat 41 yang menggariskan ciri-ciri asas kepimpinan islam bagi negara Islam, iaitu: (Konsep Negara Islam, h. 38-39)


1. Mendirikan sembahyang dengannya berlakulah hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah
2. Memberi zakat, dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil
3. Menyuruh yang makruf, menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat
4. Mencegah kemungkaran, memerangi segala bentuk kejahatan, penyelewengan, kezaliman dan maksiat.

Beliau menambah: “Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia. (Haji Abd Hadi h. 39)


Manakala teori tanggungjawab kerajaan pula, mereka merumuskan dua tanggungjawab indduk yang dinyatakan oleh al-mawardi, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan ulama’ yang lain iaitu: hirasah al-Din siyasah al-Dunia bih – Penjagaan Agama dan Pentadbiran Dunia menurut Kehendak Agama (Lihat kenyataan Dato’ Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS dalam Model Kerajaan Islam h. 1)


Inilah asas kepimpinan ulama’ bagi sebuah negara Islam menurut PAS.




Teori Agama dan Politik Tidak Boleh Dipisahkan
“Islam itu adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencukupi segala aspek, aqidah, syariah, akhlak dan nizam, menyentuh kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat dan tiap-tiap asppek itu tali menali di antara satu sama lain, tanpa perlaksanaan yang menyeluruh, nescaya gagaal mengatasi semua masalah. Oleh itu wajiblah negara menjalankan sifatnya yang syumul.” (Haji Abd Hadi h. 23)


Asas teori ini adalah merujuk kepada kesepaduan antara islam dan urusan pentadbiran. Ia tidak boleh dipisahkan dalam apa keadaan sekalipun. Malah kedua-duanya mestilah berjalan seiringan dalam urusan pemerintahan negara. Asas teori ini akan membezakan negara Islam dengan negara bukan Islam yang memenjarakan Agama dalam instutusi keagamaan semata-mata, sedangkan urusan pentadbiran negara tunduk kepada sistem lain yang bercanggah dengan kehendak Islam


Teori Sekularisme dan Asobiyyah adalah dasar yang bercanggah dengan Islam

PAS juga menolak sekular dan asobiyyah sebagai dasar bagi negara Islam. Apabila ideologi sekular menjadi dasar negara, maka nasib Islam sudah tidak terjamin. Begitu juga apabila asobiyyah menjadi dasar negara, maka berlakulah banyak unsur percanggahan dengan Islam dalam urusan pemerintahan negara. Sebab itu kedua-dua dasar itu tidak boleh menjadi dasar sebuah negara Islam. Keadaan inilah yang berlaku dalam negara bangsa pada zaman moden ini.


Teori ini, bagi PAS, bukan bermaksud menolak sifat cintakan bangsa dan berusaha meninggikan tamaddun bangsa menjadi satu bangsa yang kuat dan maju, tetapi apa yang ditolak oleh mereka ialah tindakan meletakkan kepentingan dan kehendak bangsa mengatasi kehendak dan kepentingan Islam. Dalam konteks inilah Tuan Guru Haji Hadi mengungkapkan kata-katanya yang bermaksud: Jika Islam selamat, bangsa akan selamat, tetapi jika bangsa selamat belum tentu Islam selamat. Begitulah juga jika Islam maju, maka bangsa akan turut maju dan mulia, tetapi kalau bangsa maju belum tentu Islam dapat maju. Sebab itulah Islam mesti dijadikan sebagai dasar, bukannya bangsa dan kebangsaan.



Teori Kesatuan Ummah dan Kebajikan Mereka

Umat Islam adalah rakyat negara Islam yang utama. Mereka hidup brsama rakyat bukan Islam.Umat adalah elemen penting dalam negara Islam kerana mereka merupakan sumber kekuatan negara.


Oleh itu umat adalah pendokong negara Islam yang merealisasikan kehendak persaudaraan dan kesatuan sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10, maksudnya Sesungguhnya orang Islam adalah bersaudara. (Konsep Negara Islam, h 28)



Persoalan Ketiga: Apakah Metod dan Kaedah yang digunakan oleh Ulama Islam silam dalam mentakrifkan sebuah negara Islam, negara kufur/ negara musuh dan negara yang membuat perjanjian dengan negara Islam?

Para Ulama silam telah memberikan beberapa pengertian negara Islam mengikut bidang penekanan masing-masing. Kadang-kadang perbezaan tersebut disebabkan perbezaan dari segi latarbelakang atau tujuan perbincangan yang dibuat. Walaupun secara zahirnya nampak berbeza, namun hakikatnya mereka membawa konsep yang sama tentang negara Islam.

Sehubungan dengan itu didapati Ulama Islam menggunakan sekurang-kurangnya tiga metod dalam menghuraikan makna negara Islam.



Metod Pertama ialah Metod Perundangan
(Perlaksanaan Undang-Undang Islam)

Di antara contohnya ialah Abu yusuf dan Muhamad al-Syaibani yang menyebut: Negara Islam adalah negara yang zahir/dominan undang-undang islam di dalamnya. Sebab itu negara yang tidak melaksanakan undang-undang Islam adalah kafir, walaupun orang-orang islam tinggal di negara tersebut. Mereka menggunakan perkataan Zuhur Ahkam al-Islam fiha.


Abd al-Qahir al-Baghdadi mengatakan: Mana-mana negeri yang penduduknya menerima sistem Islam atau rida dengan Islam tanpa sebarang syarat dan orang zimmi tunduk di bawah kekuasaan Islam ,maka ia sebuah negara Islam (Kitab Usuluddin h 270)



Metod Kedua ialah
Metode Politik dan Kepimpinan (sultah)

Sebahagian daripada ulama melihat konsep negara Islam dari sudut kepimpinan dan politik, lalu mentakrifkanya sebagai sebuah negara yang dikuasai oleh para pemimpin Islam seperti yang diutarakan sebelum ini. (Muhammad al-syaibani, Syarh al-Siar al-Kabir juz3 h 81)





Metod Ketiga ialah
Metod Kemasyarakatan
Ada juga ulama yang menghuraikan konsep negara Islam dari kaca mata kemasyarakatan, lalu mentakrifkan negara islam sebagai negara yang menjamin keamanan orang islam. Mereka dapat hidup dengan baik ddan selesa.


Mengikut Abu Hanifah sesebuah negara itu hanya akan bertukar menjadi negara kafir dengan wujudnya tiga faktor iaitu: zahirnya undang-undang kufur, bersempadan dengan negara kafir yang mana ia terdedah kepada serangan dan ancaman musuh dan tidak ada unsur perlindungan atau keamanan bagi orang Islam dan zimmi di dalamnya.


Ini bererti sebuah negara tidak dianggap negara kafir selagi tidak lengkap ketiga-tiga syarat itu. Sebaliknya sebuah negara akan dianggap Islam apabila undang-undang Islam zahir dan menonjol di dalamnya. Oleh kerana beliau lebih menekankan kepada aspek keselamatan sosial orang Islam , maka Abu Hanifah tidak menjadikan syarat perlaksanaan Islam sebagai asas dan ukuran utama Negara Islam ., kerana bagi beliau penekanan dari aspek keselamatan itu lebih tepat memandangkan bahawa apabila negara itu tidak bersempadan dengan negara kafir dan orang Islam tidak memerlukan jaminan perlindungan/keselamatan , maka ia memberi erti bahawa undang-undang kafir juga tidak akan menonjol dengan sendirinya.


Maka dengan itu jelaslah jaminan keselamatan itu suatu yang lebih utama dijadikan sebagai asas pengukur. Tetapi jika bersempadan dengan negara kafir dan orang Islam memerlukan jaminan perlindungan, maka yang akan dominan ialah undang-undang kafir.Asas yang dikemukakan oleh Abu Hanifah itu harus difahami secara mendalam, kerana ia tidak memberi maksud selapis iaitu apabila orang Islam aman ,amak negara itu jadi negara Islam. Kalau menggunakan maksud mudah itu, maka negara Amerika, England dan sebagainya jadi negara Islam kerana orang Islam boleh hidup , mencari harta dan beribadat .


Sebenarnya penekanan kepada aspek keselamatan itu bermaksud bahawa sebuah negara Islam tetap menjadi milik umat Islam dan dikira sebahagian daripada wilayah Islam yang mesti terlaksna di dalamnya hukum Islam, selagi tidak memenuhi tiga syarat yang telah dijelaskan.Sebab itu walaupun dalam sebuah negara Islam itu tidak dilaksanakan hukum Islam, ia tetap dianggap sebahagian daripada milik Islam dan tertakluk kepada perlaksanaan hukum Islam. Sebaliknya jika kita telah menganggap negara itu bukan lagi sebahagian daripada negara Islam , maka hukum Islam tidak lagi wajib dilaksanakan seperti orang Islam yang berzina di negeri kafir/harb, atau mencuri atau minum arak atau melakukan fitnah qazaf ,maka hukum Islam tidak dikenakan ke atasnya.


Maka jelas daripada huraian di atas, bahawa Imam Abu Hanifah bukan merendahkan kepentingan perlaksanaan undang-undang Islam di dalam negara apabila beliau mengutamakan asas keselamatan.Sebaliknya asas keselamatan itu digunakan kerana ia lebih menguntungkan kedudukan Islam dalam negara di mana selagi kedudukan orang Islam tetap terjamin/selamat , maka peraturan/undang-undang Islam mesti dikuatkuasakan ke atas penduduknya, disebabkan negara itu masih berada dalam senarai negara Islam.


Walaubagaimanapun secara keseluruhannya daripada perbincangan di atas menunjukkaan bahawa asas keselamatan adalah amat berkait rapat dengan aspek perlaksanaan undang-undang dalam sebuah negara itu seperti yang dijelaskan dalam kitab Bada’I` al-Sana’I` karangan al-Kasani , h 131:
(La tazhar Ahkam al-Kufr illa inda wujud hazain al-Syartain, al-Mutakhmah wa zawal al-aman al-awwal)


Selain daripada itu para ulama silam juga menekankan metod pembebasan dan jihad bagi negara Islam yang jatuh ke tangan musuh.Dari situ mereka mengatakan sebuah negara Yang pernah diperintah oleh Islam tidak gugur status islamnya walaupun dijajah oleh musuh, samada syiar Islam masih kekal atau tidak di dalamnya. Ia tetap menjadi sebahagian daripada negara Islam dan wajib dibebaskan daripada cengkaman musuh yang menjajah.



Rumusan metod ulama dalam
menentukan konsep negara Islam

Sebenarnya jika merujuk kepada pandangan ulama silam tentang konsep negara Islam, mereka sebenarnya bersetuju dengan satu prinsip utama iaitu: undang-undang Islam dominan di dalamnya. Apa yang menjadi perselisihan di kalangan mereka ialah untuk menentukan bagaimanakan negara Islam boleh bertukar statusnya kepada kafir. Sebab itu sepatutnya disedari bahawa asas teori negara Islam adalah terletak pada aspek kedaulatan Islam dalam sebuah negara kerana asas ini lah yang menjadi paksi negara Islam pertama Madinah yang diterima oleh semua orang sebagai contoh utama. Model negara Madinah adalah contoh terbaik memandangkan model-model lain sudah mengalami perubahan yang menyebabkan sukar untuk mendapat kata sepakat daripada para ulama untuk menerimanya. Sebab itu pengukuran berdasarkan model asal tadi lebih selamat dalam menentukan asas sebenar bagi sebuah negara Islam.


Dari sini jelas menunjukkan bahawa walaupun ada ruang perbezaan di kalangan ulama silam dalam beberapa perkara berbangkit, namun begitu mereka bersetuju bahawa negara Islam adalah negara yang berasaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama dan tertinggi.




Persoalan keempat: Analisis dan Penilaian terhadap metode yang digunakan oleh UMNO dan PAS


Kedua-dua pihak di atas (UMNO dan PAS) telah mengutarakan asas teori masing-masing mengenai negara Islam. Dalam bahagian ini kita akan meninjau sejauhmana kekuatan asas teori tersebut dari sudut pandangan ilmiah, bagi mencapai satu hala tuju dan kekuatan asas teori sebuah negara Islam


UMNO cuba merangka satu teori asas yang releven dengan realiti semasa iaitu realiti kelemahan sistem politik Islam masa kini . Untuk itu awal-awal lagi teori asas mereka berundur kebelakang supaya tidak dilihat terlalu bercanggah dengan konsep asal negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab itu awal-awal lagi UMNO mengelakkan diri daripada mengambil model dan asas kerajaan Madinah dan kerajaan Khulafa al-Rasyidin sebagai rujukan utama. Inilah yang dilakukan oleh Ust Nakhae .Cara ini dapat mengelakkan satu jurang perbezaan yang terlalu besar antara realiti yang ada dengan kosep asal. Keadaan ini akan menyulitkan langkah dan perbincangan mereka.


Sebaliknya PAS tetap berpegang kepada model utama negara Islam dan metod salaf yang menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai sandaran utama. Apa saja yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w khususnya model kerajaan Islam Madinah dijadiakan asas penting bagi PAS. Walau pun mereka dituduh terlalu ideal dan tidak berpijak kepada realiti, tetapi seolah-olah PAS tidak dapat memisahkan diri daripada metod itu Sebab itu kita dapati para ulama PAS mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas utama dalam perbincangan negara Islam. Manakala pandangan para ulama silam dijadikan bahan rujukan kedua dan ketiga bagi mereka.


Metod UMNO di atas walaupun nampak menarik kerana cuba menghidupkan nilai semasa dalam pertimbangan dan kewajaran hukum, namun tanpa disedari mereka terlalu melayani realiti dan kehendak semasa mengatasi tuntutan prinsip dan dasar. Keadaan ini boleh mendedahkan Islam kepada fenomena kecelaruan/fawda, sedangkan asas kekuatan Islam berada pada prinsipnya yang tegas dan tetap.


Ketika mengemukakan teori berikut: “adanya beberapa ciri negara Islam sudah cukup mengekalkan status negara Islam”, Ust Nakahei, dilihat terlalu ghairah untuk menjayakan misi segera negara Islam Malaysia, tanpa menyedari bahawa mereka telah mengabaikan satu asas atau ciri penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali, kerana tanpa asas/ciri ini , maka ciri-ciri lain tidak memberi apa-apa makna. Mereka mengabaikan asas yang paling pokok dan tunggak kepada sistem Islam iaitu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa kedua-dua tapak ini, maka binaan sistem politik Islam tidak akan dapat ditegakkan. Perkara ini ditegaskan oleh Prof. Dato’ Mahmood Zuhdi dalam kenyataannya: “Ini bererti pemakaiannya (siasah syar`iyyah) hanya akan berbangkit jika pemerintahan itu berdasarkan kepada sistem pemerintahan Islam seperti difahami daripada al-Quran dan sunnah” ( jurnal Syariah,jilid 2 bil.2 1994, h.38)


Ini adalah asas kepada segala teori-teori lain berkenaan dengan negara Islam, kerana dengan adanya asas ini barulah teori lain dapat berperanan dengan sebaiknya seperti sembahyang merupakan tiang kepada ibadat yang lain. Tanpa sembahyang apalah guna ibadat yang lain.


Ketiadaan asas ini dikenalpasti sebagai faktor utama kepada kecelaruan tafsiran Islam yang dipakai dalam negara moden sekarang yang benar-benar menyeleweng daripada maksud sebenar Islam. Tetapi jika asas teori ini mantap, maka Islam tidak terdedah kepada permainan dan tafsiran yang salah dan mengelirukan. Semua pihak mengakui bahawa Islam yang disebut sebagai agama Persekutuan telah ditafsirkan sebagai agama untuk upacara rasmi sahaja. Islam yang ada itu tidak diberikan tafsiran yang sebenar dalam perlaksanan undang-undang , kerana sumber undang-undang yang menajdi asas teori politik Islam tidak diberi tempatnya yang sewajarnya.


Apabila ulama UMNO terlupa untuk membicarakan perkara yang paling pokok ini, maka ia merupakan satu kepincangan yang nyata, seolah-olah mereka hanya bertindak secara terbatas. Lebih-lebih lagi mereka tidak berani mengemukakan aspek kelemahan yang berlaku secara adil dan terbuka, sebaliknya menyenaraikan ciri-ciri yang baik sahaja.Perkara ini tidak wajar berlaku dalam disiplin ilmu.


Dari segi metod qias di dapati ulama UMNO kurang cermat dan tidak mendalam kerana kedudukan kerajaan Umayyah tetap diakui oleh ulama Islam sebagai negara Islam kerana ciri asas negara Islam tadi masih kekal sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dan disokong oleh Dr. Diya al-Din al-Rais. (al-Nazariyyat al-siyassiyyah al-Islamiyyah h.194-195) Sedangkan negara bangsa zaman moden ini telah hapus sama sekali kedaulatan sumber undang-undang (Quran dan snnah ) sebagai rujukan utama dalam seluruh urusan pentadbiran, kecuali urusan perkahwinan dan ibadat. Apa yang ada hanya pengakuan kosong seperti yang dinyatakan oleh al-Quran surah al-Nisa’ ayat 60, maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.


Daripada perbincangan di atas nampaknya teori-teori asas negara Islam yang dibawa oleh PAS agak sukar untuk ditolak, kerana merangkumi dasar dan prinsip kepada pembentukan negara Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Cuma sejauhmana mereka mampu merealisasikannya dalam kenyataan !!. Ini boleh dijadikan satu lagi asas perbincangan diperingkat perlaksanaan, bukannya konsep dan dasar. Sebab itu, teori yang diutarakan PAS telah dapat memenuhi kehendak konsep dan dasar.


Sebenarnya teori-teori asas negara Islam yang dipegang oleh PAS telah diutarakan oleh Ust Nakhaei semasa beliau menjadi pimpinan tertinggi PAS melaluinya bukunya: Penghayatan Politik Islam Dalam Pemerintahan. Melalui buku itu beliau telah menegaskan bahawa Negara Islam ditegakkan di atas dasar kedaulatan hukum Allah,kekuasaan ummah, dasar keadilan,syura, tanggungjawab pemerintah dan ketaatan rakyat. Buku tersebut bertujuan menolak program Islamisasi kerana dikatakan tidak bertepatan dengan kehendak Islam sebenar. Beliau mengungkapkan satu kenyataan tegas berikut: “WALAUPUN TERDAPAT SEKARANG INI BEBERAPA RANCANGAN YANG BERFAEDAH DARI SEGI ISLAM DAN DITEGASKAN DI ATAS NAMA ISLAM SEPERTI BANK ISLAM, NAMUN IA TIDAK DAPAT MENGUBAH SIFAT DAN STRUKTUR NEGARA INI SEBAGAI NEGARA SEKULAR YANG TIDAK MENDAULATKAN HUKUM-HUKUM ALLAH” (Nakhaei h.5)



Persoalan kelima: Apakah sebenarnya status negara Malaysia menurut pandangan ilmu Politik Islam? Apa sikap politik Islam terhadap polemik ini?

Bagi politik Islam , polemik ilmiah di atas antara PAS dan UMNO dapat diterima sebagai positif, kerana dapat menyubur/ memeriahkan dunia pemikiran politik Islam di Malaysia dan dapat membangunkan teori politik Islam yang berguna untuk negara dan masyarakat.


Namun begitu agak mendukacitakan apabila tindakan yang ganas dan keras dikenakan ke atas beberapa pihak tanpa memberi ruang yang cukup untuk berbincang dan bertukar pandangan, sedangkan suasana perbincangan itu lebih meriah dan memberangsangkan alam pemikiran dan keilmuan. Tangkapan dan sekatan tidak membantu alam pemikiran yang kita bincangkan ini, kecuali setelah peluang terbuka luas tidak dipergunakan dengan baik.


Terdapat dua persoalan yang memerlukan penelitian politik Islam dalam isu negara Islam:


Pertama: Apakah mampuu kita tegakkan sesuatu perkara besar seperti negara islam dengan hanya menumpang prinsip politik asing seperti demokrasi dan mengharapkan ihsan pihak tertentu untuk memberikan laluan dan layanan baik kepada islam? Perkara ini sudah terbukti kesukarannya, kerana prinsip politik moden sepertti demokrasi mempuunyai falsafah dan misi agongnya sendiri yang tidak secucuk dengan Islam. Adakah Islam terlalu lemah untuk mengemukakan falsafah dan prinsip politiknya sendiri?


Kedua: Sikap melarikan diri daripada panduan dan petunjuk Rasulullah SAW dalam sistem politik akan membawa kepada satu polemik dan perdebatan yang tidak akan berkesudahan , kerana teori-teori baru akan menghadapi kesukaran untuk memperolehi kata sepakat, disebabkan ianya telah dipengaruhi oleh berbagai suasana dan kepincangan. Sebaliknya pertunjuk Rasulullah s.a.w dalam soal politik memang diakui oleh semua. Mengapa kita sengaja meninggalkan asas persepakatan kepada sandaran yang tidak sepakat? Jawabalah persoalan ini. Sekali lagi kita akan berjumpa jawapan kepada masalah yang kita hadapi.


Negara Islam hanya satu, bukan dua, tiga atau empat. Negara Islam adalah negara yang mendaulatkan Islam dalam pemerintahannya.Manakala ciri-ciri lain hanya boleh dibincangkan setelah asas ini dapat diselesaikan dengan baik oleh para penganalisis.


Apabila disedari kepincangan yang ada, maka langkah membetulkan kelemahan adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, kerana tidak berbangkit kenyataan bahawa jika negara itu bukan negara Islam maka halal darahnya. Yang berbangkit sekarang ialah kepincangan itu mesti diperbetulkan dan penduduknya perlu disedarkan, ulamanya perlu ditegur dan sebagainya. Inilah langkah bijak untuk menyelamatkan negara dan tanahair kita yang tercinta daripada kehancuran yang ditujukan kepada umat yang tidak mendaulatkan ajaran Islam.


Apa yang sepatutnya disedari ialah kelemahan negara umat Islam sekarang ialah kerana mereka berpecah lantaran masing-masing bertuankan sistem yang asing daripada Islam. Akhirnya kesatuan umat terhakis, kekuatan umat berkecai, masing-masing negara tidak membantu umat Islam yang diceroboh . Sekiranya umat Islam bersatu dengan al-Quran dan al-Sunnah , maka mereka tidak mudah dipecahbelahkan dan ditindas.


Sebab itu kita tidak boleh menganggap remeh persoalan dasar dan prinsip sebagai isu-isu teknikal atau persoalan-persolaan kulit. Inilah kepincangan pemikiran Islam moden yang gagal memberikan hak kepada asasnya yang sebenar, semata-mata mahu mengejar keunggulan yang direstui oleh barat.


Sekian , Wassalam.






Senarai Rujukan:

1. Haji Haron Taib, Model Kerajaan Islam , Dewan Ulama Pas Pusat K. Lumpur, 2000.

2. Haji Abdul Hadi Awang, Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, GG Edar, Kuala Lumpur,1986

3. Haji Nakhaie Haji Ahmad, Penghayatan Politik Islam Dalam Pemerintahan, GG Edar, K. Lumpur, 1987

4. Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Fard wa al-Dawlah fi al-Syariah al-Islamiyyah,

5. Muhammad Atiyyah Khamis al-Muhami, Perlembagaan Islam (terjemahan oleh Ust Yahya haji Othman) K. Lumpur, 1982

6. Abdul Rahman Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah ,Beirut (t.t)

7. Dr. Arif Khalil Abu Iid, Nizam al-Hukm fi al-Islam, Urdun 1996

8. Dr. Diya’ al-Din al-Rais, al-Nazariyyat al-Siyasiyyah al-Islamiyyah, Kaherah,1976

9. Datuk Haji Nakhaie bin haji Ahmad, Jihad Guru Agama Dalam Pembangunan Bangsa Melayu dan Pembentukan Negara Islam Maju, (Kertas kerja dbentangkan dalam Kursus Khas Perdana (Pendidikan Islam) fasa I Pada 22 Mei 2001, Di Kuala Lumpur.

10. Wan Zahidi bin Wan Teh , Malaysia Daulah Islamiah, Kertas kerja dibentangkan sempena perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Pegawai-pegaawai Agama Islam Seluruh Malaysia, pada 28-29 Ogos 2000, Putra Jaya, anjuran JAKIM.

11. Shukeri Mohamad, Pengenalan Politik Islam dan Perlaksanannya dalam Negara Malaysia, Seminar Siasah Syar`iyyah, pada 28 Ogos 1998, Akademi Pengajian Islam, K. Lumpur.

12. HARAKAH,16-31 Okt.2001

13.Jurnal Syariah, jilid 2 bil 2 Akademi Pengajian Islam1994,






Oleh: Ustaz Shukri Mohamad